Thursday, 26 August 2010
Monday, 23 August 2010
Pengerusi AQSA Serah Bantuan



Pengerusi AQSA membuat penyerahan tajaan rakyat Malaysia untuk Anak-anak yatim Palestin di Beirut baru-baru ini. Jika anda ingin membuat penajaan bagi diserahkan pada masa yang akan dirancang nanti sila ke : http://aqsasyarif.com/tajaan/. Penyerahan pada awal Ramadhan tahun ini benar-benar memberi makna kepada anak-anak Yatim Palestin yang akan menyambut Hari Raya. Penyerahan tersebut turut dirakamkan melalui program Bersamamu Palestin TV3 yang akan ditayangkan mulai minggu ini bersama Duta Palestin TV3 Faizal Tahir.
Sunday, 15 August 2010
Misi Bantuan Palestin Di Kem-kem di Beirut

Friday, 6 August 2010
Keganasan Regim Yahudi Kerana Pemimpin Yang Zalim

Jika sesebuah bangsa itu silap pertimbangan memilih pemmpin yang rosak nilai drinya, maka kesannya bukan kepada mereka yang dipimpin, tetapi boleh menyebabkan orang lain yang tidak berdosa. malah apa yang berlaku di Palestin dan dunia keseluruhannya ialah apabila bangsa Israel meletakkan pimpinan pada yang silap. Lebih 60 tahun krisis dunia yang berpusat di timur tengah adalah antara yang utama apabila kepimpinan bangsa Yahudi diberi kepada pemimpin yang zalim. Perdana menteri silih bergandi di Israel menyaksikan keganasan-demi keganasan yang tidak berkesudahan. Berikut adalah bukti-bukti yang nyata.
*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).
– Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).
– Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).
Baca lanjut tentang pemimpin-pemimpin rejim Yahudi dalam http://aqsasyarif.com/artikel/janji-israel-ke-atas-palestin/
Saturday, 17 July 2010
Borang Penajaan ANAK YATIM & KELUARGA MISKIN Online

Mereka yang berminat untuk menaja anak yatim atau keluarga miskin boleh menggunakan borang online yang disediakan oleh Aqsa Syarif. Semua maklumat akan dimasukkan terus ke dalam sistem maklumat Aqsa Syarif. Terima kasih kepada team IT Aqsa Syarif.
Thursday, 24 June 2010
KURMA AQSA SYARIF

PROJEK KURMA AQSA SYARIF adalah salah satu inisiatif untuk mengajak para peniaga, peruncit, orang awam dan sesiapa juga untuk berniaga sambil membantu Aqsa Syarif menjana dana untuk kerja-kerja berkaitan membantu Palestin di dalam perjuangan mereka. Kurma tangkai dari Tunisia ini segar dan berkualiti. Sangat berkhasiat untuk seisi keluarga.
BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENGHUBUNGI AQSA SYARIF PUSAT ATAU CHE RAHIMI 019-9818682 (KELANTAN). Pembelian 20 kotak (@12packx20kotak=240pack) akan dihantar terus ke alamat anda dengan HARGA PERUNCIT. Harga pasaran RM15.00/pack.
BANTULAH PROJEK PALESTIN AQSA SYARIF: "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa"
Tuesday, 22 June 2010
LL4G ke Istanbul untuk Penyelarasan Misi Seterusnya
KLIA, 21 Jun - Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dan Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin telah berangkat ke Istanbul, Turki malam tadi. Turut menyertai mereka ialah dua orang krew ASTRO Awani.
Tujuan pemergian mereka adalah untuk menyelaraskan misi konvoi ke Gaza yang akan datang. Mereka juga akan mengadakan pertemuan dengan keluarga-keluarga para syuhada’ yang terkorban dalam serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan MV Mavi Marmara pada 31hb Mei yang lalu. Pertemuan ini adalah mewakili rakyat Malaysia daripada gabungan NGO-NGO di bawah Lifelife 4 Gaza (LL4G) Malaysia. Sumbangan sebanyak 1 ribu Euro kepada setiap keluarga juga akan diserahkan di dalam pertemuan tersebut.
Mereka dijangka kembali ke tanahair dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis, 24hb Jun 2010 jam 5:40 pagi.
Posted by lifeline4gaza on 21 Jun 2010 [i3h/lifeline4gaza]