Friday 27 May 2011

Konvoi Memperingati Nakhbah Palestin Anjuran Aqsa Syarif








Alhamdulillah, telah berjaya dilangsungkan konvoi di atas yang disertai oleh lebih 500 peserta pelbagai lapisan. Konvoi dipengerusikan oleh Sdr Zun Arif dari Aqsa Syarif Selangor. Disertai oleh kelab Skuter Malaysia, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, para pelajar IPT, remaja-remaja dan tak kurang keluarga dari pertubuhan IKRAM Malaysia.

Majlis bermula dengan taklimat dan ucapan-ucapan di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri Timbalan Presidan IKRAM, Prof Dr Muhammad Hatta Shahrom, PM Dr Hafidzi Mohd Nor (Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan wakil Palestin.

Disamping berkonvoi sepanjang beberapa jalan, kempen dan edaran bahan-bahan mengenai Palestin diedar dibeberapa taman, pusat membeli belah dan stesyen-stesyan besar seperti KLSentral. Majlis penutup di adakan di Masjid Shah Alam.
Berita-berita berkaitan sila ke capaian berikut:-