Sunday 12 September 2010

Aqsa Syarif Sekali Lagi Berpeluang Melebarkan Rangkaian

Salah satu dari 4 objektif Aqsa Syarif (AQSA) adalah Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara. Buat pertama kali ketika menyertai Kapal Marvi Marmara yang dianjurkan oleh IHH Turki telah memberikan kesempatan berkenalan dengan pelbagai badan yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin. Kini sekali lagi peluang bersama menyertai Konvoi Misi Kemanusiaan Viva Palestina 5 yang akan bermula pada 18 Sept 2010 akan memberi ruang AQSA berinteraksi dengan NGO berkaitan perjuangan Palestin di luar negara, khususnya di Eropah.

Viva Palestina UK yang menjadi penganjur utama Konvoi Kemanusiaan melalui jalan darat kali ini telah melalui pengalaman yang berharga semenjak konvoi pertama pada 14 Februari 2009. Hanya mengambil masa empat minggu, konvoi jalan darat yang disertai oleh 110 kenderaan, 260 sukarelawan dan menyumbangkan bantuan kepada Gaza dengan nilai sejumlah £1.5m (RM3.9 jur) telah berjaya mencapai tujuan konvoi tersebut. Perjalanan konvoi pertama itu telah melalui utara Afrika dari UK merentasi Moroko dan Algeria.

Konvoi jalan darat pada kali ini memilih jalan merentasi Peranchis, Itali, Grees, Turki, Syria dan Mesir sebelum memasuki Rafah dan Gaza. Aqsa Syarif yang diwakili oleh tujuh (7) sukarelawan akan bersama-sama konvoi dari awal perjalanan hingga ke destinasi Gaza. Tentunya sepanjang perjalanan, AQSA akan mengambil peluang berinteraksi, belajar dan saling bertukar-tukar pengalaman disamping mewujudkan rangkaian sesama NGO. Peluang tersebut Insya Allah akan sebagai sebahagian dari latihan dan pendedahan yang berguna agar AQSA akan dapat lebih matang dan mampu berperanan dengan lebih berkesan di dalam mahupun di peringkat global.

Saturday 11 September 2010

Kempen Kutipan Dana Konvoi Kemanusiaan A2GVP5 Sambil Berhari Raya


Para aktivis Aqsa Syarif (AQSA) seluruh negara besama-sama sukarelawan Konvoi Kemanusiaan Aqsa Syarif to Gaza Viva Palestina 5 (A2GVP5) terus memanfaatkan pertemuan Hari Raya dengan menyebarluaskan kesedaran tentang Palestin di samping menjana dana Palestin dari rakan dan taulan serta sanak saudara terdekat.

Isu Palestin perlu mendarah daging dalam diri aktivis selagi Bumi Anbiya' yang penuh barakah itu masih di dalam cengkaman zionis Israel yang kejam. Di samping kemewahan juadah Hari Raya, rakyat Malaysia harus insaf bahawa yang dizalimi di Palestin itu adalah saudara seagama dan seqidah. Amat tidak wajar bagi sesaorang mukmin yang tidak membantu keperitan yang dideritai oleh saudaranya khususnya di Gaza. Berita lanjut sila ke
http://aqsa2gaza.blogspot.com.


Monday 6 September 2010

Konvoi Darat Berlepas 18 Sept 2010



Insya Allah Konvoi Misi Kemanusiaan mengikut jalan darat dari London menuju Gaza akan mula berlepas pada 18 Sept 2010 ( Hari Raya ke 9). Konvoi puluhan kenderaan pelbagai jenis dan saiz akan membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh, dinafikan hak dan dikepung oleh regim zionis yahudi zalim. Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaan bagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa.Aqsa Syarif (AQSA) telah membeli 3 kenderaan dengan harga RM165,000.00 dan usaha sedang dibuat untuk membeli pelbagai keperluan bagi dibawa ke Gaza. Kenderaan akan dipandu oleh 6 - 9 sukarelawan AQSA yang akan berlepas pada lebih awal. Orang ramai diseru untuk tutut menyumbang bagi membantu misi yang mulia sesuai dengan moto AQSA "Memperkasa Ummah - Membebaskan AQSA". Sila Bank-in sumbangan anda ke akaun Maybank AQSA 55157599429 dan SMS ke 019-4815584.

7 SUKARELAWAN AQSA AKAN MENYERTAI KONVOI



Insya Allah sekurang-kurangnya tujuh aktivis Aqsa Syarif (AQSA) akan menyertai Konvoi Global Viva Palestina ke 5, iaitu misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat GAZA. Konvoi kali ke 5 ini diterajui oleh Viva Palestina UK dan akan disertai oleh Viva Palestina seluruh dunia termasuk Viva Palestina Malaysia dan AQSA dari Malaysia. Menurut Pengerusi JK Penyelaras Konvoi AQSA, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor, "beberapa orang lagi sedang dikenalpasti untuk menyertai misi ini kerana pihak penganjur utama mencadangkan setiap kenderaan perlu dipandu oleh 2-3 orang di sebabkan perjalanan darat yang jauh dan memakan masa".
AQSA telah membeli 3 buah 'truck' yang akan dipandu oleh sukarelawan AQSA yang akan memuatkan pelbagai sumbangan rakyat Malaysia. Barangan akan dibeli dalam bentuk peralatan perubatan, perubatan, makanan, keperluan pembelajaran dan sebagainya. Viva Palestina Malaysia juga menghantar sukarelawan dan memandu kenderaan masing-masing.

Friday 3 September 2010

Aqsa Syarif Menyertai Konvoi Darat ke Gaza Insya Allah

Gambar hiasan sahaja.

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Aqsa Syarif (AQSA) berjaya menaja 3 buah kenderaan atas nama Aqsa Syarif bagi menyertai konvoy ke Gaza anjuran VP (Viva Palestina) yang akan bertolak dari London pada 18 September 2010.

Aqsa Syarif akan bergerak di bawah nama VPM sebagai penyertaan induk (VPM adalah wakil VP UK yang menerajui land convoy ke Gaza). Ketiga-tiga kenderaan ini adalah sebahagian dari 6 kenderaan yang bergerak di bawah lambang Viva Palestina Malaysia (beserta dgn lambang Aqsa Syarif dan PACE) pada kenderaan yang ditaja oleh Aqsa Syarif.

Adalah dijadualkan convoy ini akan bergerak pada 18 September ini. Oleh itu saya selaku PIC Land convoy ke Gaza bagi pihak Aqsa Syarif ingin membuat rayuan ini.

  1. Kos penajaan ketiga-tiga kenderaan ialah RM165,000. Kita telah mendahulukan jumlah ini dari tabung umum Palestin Aqsa Syarif. Besarlah hasrat Lembaga Pengarah Aqsa Syarif agar jumlah ini dapat ditampung pula oleh sumbangan dari kita semua supaya wang sebanyak RM165,000 itu dapat diganti dan digunakan untuk pelbagai tujuan lain yang mendesak.
  2. Dengan itu bersempena dengan 7 lagi hari yang tersisa di bulan Ramadhan ini (apatah lagi 7 hari yang terakhir) kami merayu kepada saudara saudari untuk melakukan amal infaq yang sangat dituntut dari kita terutama di bulan Ramadhan ini.
  3. Mohon mereka yang menyahut seruan ini dapat memaklumkan kepada saya secara e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com) dan bank in infaq anda semua ke akaun Aqsa Syarif MBB 551575004299 dan memaklumkan ke ibu pej dgn fax ke 03-87349636 dengan menyatakan sumbangan adalah utk 'LAND CONVOY'
  4. VP UK juga menghendaki 6 orang pemandu (2 orang bagi satu kenderaan). Kami sedang membuat senarai pendek volunteers yang akan menyertai konvoy ini. Buat masa ini Lembaga Pengarah akan memutuskan calun yang sesuai. Namun jika saudara-saudara berminat dan boleh menyertai misi ini sila maklumkan juga kepada saya melalui e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com). Namun keputusan muktamad nanti adalah tertakluk kepada pemilihan dan budi bicara Lembaga Aqsa Syarif

jzkk

Dr Hafidzi Mohd Noor

PIC LAND CONVOY

Aqsa Syarif/VPM