Monday, 31 May 2010

Tentangan Terhadap Kebiadapan Israel ke atas Konvoi ke Gaza Memuncak Serata Dunia



Tentangan dan tunjuk perasan terhadap kebiadaban Israel menyerang dan merampas konvoi keamanan Gaza semakin memuncak. Pemimpin di pelbagai negara dan masyarakat antarabangsa di pelbagai pelusuk sulai bangun semula membuat tentangan dan tunjuk perasaan.

Hancur-hancur Israel...!
Hidup-hidup Palestin...!
Bebas-bebas Al-Aqsa...!

Lihat link ini :

Setiap lapisan masyarakat... marilah bangun. Lakukan apa juga yang termampu. Bantulah mereka yang dizalimi dan ditindas Israel. Kini seramai 19 orang 'hero' kita, rakyat Malaysia sedang berada di barisan hadapan perjuangan. Do'a lah untuk mereka.
Teruskan MEMBOIKOT barangan dari syarikat yang membantu Israel. Buktikan anda benci kezaliman, benci penindasan, BENCI ISRAEL.


DUA WAKIL AQSA SYARIF DI DALAM KONVOI GAZA FLOTILLA MASIH TIDAK DIKETAHUI




Sehingga saat ini dua orang wakil Aqsa Syarif yang menyertai rombongan misi kemanusiaan Lifeline4Gaza (LL4G) yang bertolak dari pelabuhan di Turki masih tidak ada khabar berita. Mereka ialah al-Fadhiil al-Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif) dan Dr Selamat Aliman (Bendahari Aqsa Syarif).

Sehingga hari Jumaat, ibu pejabat Aqsa Syarif masih dapat berhubung dengan mereka melalui internet, namun selepas itu tiada khabar berita, kecuali melalui 'team' LL4G.

Hubungan terus terputus mulai hari Sabtu malam 29 Mei 2010 sehingga sekarang.

Keluarga Ustaz Hj Hasanuddin menetap di Johor Bahru, manakala keluarga Dr Selamat menetap di Perak dan Shah Alam. Pihak Aqsa Syarif terus berusaha mendapatkan sebarang maklumat terkini dari sumber-sumbar gabungan NGO, rakan agensi media dan dengan apa juga kaedah.

Berikut adalah antara petikan kata-kata isteri Ustaz Hasanuddin (Pn Hjh Sharifah Mahiza) lewat semalam;

"Belum pun ustaz syahid... ana menerima berpuluh-puluh panggilan dan sms yang bertanya kabar dan memberi semangat dan peransang.

Inilah yang di katakan ukhuwah. Dari seluruh Malaysia hingga Brunai mendoakan ustaz dan pasukannya di sana, dan mendoakan kami disini. Di zaman sahabat Nabi saw, menjadi cita-cita para sahabat mengejar syahid .. ada yang sedag makan kurma, tidak habis terus maju ..ada yg baru kahwin meninggalkan isteri...

Begitu juga ana rasakan... ustaz mencari syahid sejak dulu di awal perkahwinan kami, sentiasa dia sebut-sebut kpd ana hingga lah diberi peluang kali ini... beliau diizinkan Allah menyertai konvoi ....

Antara kekasih hati dan menjadi kekasih Allah mana satu yang patut ana doakan untuk dia ......?

Jazakumulahukhairan kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakan kami dan sahabat yang dalam perjuangan... Moga sokongan antum memberi ana dan kami sekeluarga kekuatan untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan. "

Bagi anak Dr Selamat Aliman yang pergi mewakili Aqsa Syarif, PACE dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) iaitu Abdullah Muis, 22, berkata, kali terakhir bapanya menghubunginya melalui telefon ialah pada Khamis, sebelum menaiki kapal di Turki. Seterusnya, dia hanya mengetahui perkembangan konvoi tersebut melalui Internet.

"Ayah ada beritahu suasana sebelum dia dan rakan-rakannya menaiki kapal sangat tenang dan pasukan dari Malaysia bersemangat untuk ke Gaza bagi menghantar sumbangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah berkata, mereka sekeluarga masih lagi tergamam dan tertanya-tanya bagaimana situasi dan keselamatan bapa mereka di sana. Menurut Abdullah, apa yang dapat mereka sekeluarga lakukan ialah mendoakan supaya bapanya dan semua peserta selamat.

"Kalau ditakdirkan ayah terkorban, kami reda kerana ianya jalan terbaik yang telah ditentukan oleh Allah swt," katanya.

Sama-samalah kita seluruh rakyat Malaysia sama-sama berdo'a semoga Allah swt menganugerahkan yang terbaik buat mereka yang menyertai konvoi LL4G yang sebenarnya mewakili seluruh rakyat Malaysia di dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas regim zalim zionis Israel.


KUTUKKAN KE ATAS REGIM ZALIM ISRAEL OLEH RAKYAT MALAYSIA

MEMORANDUM

CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA

Tuesday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.

b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.

c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza.

The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the besieged people of Gaza.

The fact that this raid took place on unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza. These include:

a) Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla.

b) Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla.

c) Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured.

d) Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.

e) Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN

AQSA SYARIF

YAYASAN AMAL

MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA

PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)

PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA

VIVA PALESTINA MALAYSIA

DEWAN PEMUDA MASJID

ANGKATAN BELIA MALAYSIA

GLOBAL PEACE MALAYSIA

Kemarahan Masyarakat Antarabangsa Terhadap Keganasan Israel


Israel tiada hak untuk menodai keamanan di perairan antarabagsa ketika kapal penumpang Mavi Marmara berlayar. Pencerobohan dengan angkatan tentera lengkap bersenjata menggunakan helicopter tentera adalah suatu provokasi dan Israel mesti bertanggung jawab dan dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk dihukum !

Sebenarnya kejadian ini menggambarkan suasana CEMAS dan ketakutan regim zionis terhadap kesilapan besar yang mereka lakukan terhadap rakyat Paelstin dan Gaza yang menidakkan hak mereka untuk hidup dengan bebas dan mendapat keperluan asas pendidikan, makanan, perubatan dan kebebasan bergerak di tanah air mereka sendiri.

Tembuk Kematian yang dibina regim Israel dan Sekatan Ekonomi adalah perlanggaran hak-hak kemanusiaan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa dunia ! Israel cemas apabila seluruh dunia bangun menyatakan bangkanan dan NGOs bangun berganding bahu membawa misi keamanan untuk rakyat Gaza yang teraniaya.

Lihat bagaimana masyarakat dunia mengulas situasi terkini konflik yang dicetuskan Regim Zionis itu. Ayuh... bangun dan Bebaskan Al-Aqsa ...!

http://www.youtube.com/watch?v=B3RM2ckcXRQ&feature=PlayList&p=93188243F6D0495F&playnext_from=PL

Aktivis Freedom Flotilla di bawa ke pusat tahanan Israel


Setelah beberapa jam tindakan kejam dan biadab tentera regim Israel menceroboh dan membunuh 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 penumpang di dalam kapal penumpang Miva Marmara, kapal penumpang tersebut dipaksa berlabuh di pelabuhan Ashdod Israel. Kapal tersebut yang membawa 600 aktivis keamanan mengiringi kapal-kapal kargo membawa lebih 100,000 tan pelbagai barangan binaan, pakaian, peralatan sekolah, perubatan dan makanan kini dikosongkan dan kesemua penumpang di bawa kepusat tahanan. Ketika serangan ganas dan tembakan rambang kepada penumpang keamanan Gaza, kapal berada di perairan antarabangsa. Israel tiada hak langsung untuk bertindak sedemikian rupa dan dianggap oleh dunia sebagai telah melanggar undang-undang antarabangsa.
Tiada maklumat mengenai 12 hero Malaysia yang menyertai misi Lifeline 4 Gaza iaitu; Hj Noorazman Samsudin, Dr Arbaie Syawal, Dr Syed Mohd Haleem, Ust Al-Hami Husain & Nizam Awang (Haluan Palestin); Ust Hasanuddin Yunus (Aqsa Syarif); Ir Dr Selamat Aliman (JIM/PACE); Hj Jamulidin Elias (Yayasan Amal); Halim Redzuan (Muslim Care); Mustafa Mansur (Mapim); Ashwat Ismail & Shamsul Kamal Latif (Astro Awani).
# Gambar sebahagian aktivis Malaysia di Turki sebelum kapal berlayar.

# Perlanggaran Undang-undang Antarabangsa oleh Israel ...
http://www.youtube.com/watch?v=qypNDvEz_yI&feature=related
# Juga http://www.youtube.com/watch?v=DSFwyWyVo74&feature=PlayList&p=93188243F6D0495F&playnext_from=PL


Senarai penuh rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Gaza Flotilla ialah 19 orang iaitu:-

A. Kapal utama Mavi Marmara, yang diserang Israel. Tidak diketahui status mereka:

1. Awani journalist Ashwad Ismail, 26

2. Awani cameraman Samsulkamal Abdul Latip, 43

3. Noorazman Mohd Samsuddin (chief of the Malaysian delegation and a UIA lecturer)

4. Dr Mohd Arba Ai Shawal (medical doctor)

5. Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (medical doctor)

6. Dr Selamat Aliman (businessman)

7. Jamaluddin Elias (Klang councillor)

8. Al Hilmi Husain Suhaimi (religious teacher)

9. Mohd Nizam Mohamad Awang (engineer)

10. Abd Halim Mohd Redzuan (Syabas executive)

11. Ustaz Hasanuddin Aqsa As-Sarif (non-governmental organisation personnel).

B. Kapal Rachel Corriemembawa enam anggota Perdana Global Peace Organisation (antara lain). Semua dilaporkan selamat:

12. Lawyer Matthias Chang

13. Journalist Shamsul Akmar

14. Parit MP Nizar Zakaria

15. Activist Ahmad Faizal Azumu

16. TV3 crew member Halim Mohamed

17. TV3 crew Jufri Junid

C. Other ships selain Mavi Marmara

18. Meru state assemblyman Dr Abdul Rani Osman (dilaporkan selamat)

19. PAS activist Jamaluddin (tidak diketahui statusnya)



Keluarga Bimbang Nasib 11 Sukarelawan Malaysia Ditawan Tentera Zionis


Oleh IZRA ABD RAHMAN - Dari MStar

SHAH ALAM: Kaum keluarga 11 sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang berada di atas kapal Mavi Marmala yang diserang tentera Israel pagi tadi kini bimbang dengan nasib aktivis-aktivis terbabit.

Lebih-lebih lagi hubungan dengan Flotila Pembebasan turut terputus tanpa dapat mengetahui nasib yang menimpa insan kesayangan masing-masing.

Abdullah Muis, 22, anak kepada Dr Ir Selamat Aliman yang mewakili Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) berkata, kali terakhir bapanya menghubunginya melalui telefon ialah pada Khamis lepas, sebelum menaiki kapal di Turki. Seterusnya, dia hanya mengetahui perkembangan konvoi tersebut melalui Internet.

"Ayah ada beritahu suasana sebelum dia dan rakan-rakannya menaiki kapal sangat tenang dan pasukan dari Malaysia bersemangat untuk ke Gaza bagi menghantar sumbangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah berkata, mereka sekeluarga masih lagi tergamam dan tertanya-tanya bagaimana situasi dan keselamatan bapa mereka di sana.

Menurut Abdullah, apa yang dapat mereka sekeluarga lakukan ialah mendoakan supaya bapanya dan semua peserta selamat.

"Kalau ditakdirkan ayah terkorban, kami reda kerana ianya jalan terbaik yang telah ditentukan oleh-Nya," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Abd Halim Mohamed Redzuan, Nur Dalilah memberitahu suaminya ada meninggalkan pesan sebelum menyertai konvoi kemanusiaan itu.

"Suami saya kata jika apa-apa berlaku terhadap dirinya dan ditakdirkan dia terkorban, dia minta supaya dia tidak dibawa pulang," katanya.

Kali terakhir Abd Halim telah menghubungi isterinya pada Khamis lepas sebelum dia menaiki kapal menuju ke Gaza.

Isteri kepada seorang lagi sukarelawan, Noorazman Mohd Samsudin iaitu Mazlinah Ghazali berkata, sebagai isteri kepada ketua pasukan sukarelawan Malaysia ke Gaza, dia sering berhubung dengan suaminya melalui e-mel dan telefon untuk mengetahui perkembangan terkini suaminya dan sukarelawan yang lain.

"Pagi tadi kali terakhir saya dihubungi suami. Dia beritahu saya ada helikopter berlegar di udara dan kapal mereka dikepung," katanya.

16 killed by Israeli soldiers in Mavi Marmara Passenger Ship




Aid convoy was attacked 65km off the Gaza coast. Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza. Up to 16 people were killed and more than 30 people injured when troops stormed the Freedom Flotilla early on Monday, the Israeli Army Radio said. The flotilla was attacked in international waters, 65km off the Gaza coast. Footage from the flotilla's lead vessel, the Mavi Marmara, showed armed Israeli soldiers boarding the ship and helicopters flying overhead. Al Jazeera's Jamal Elshayyal, on board the Mavi Marmara, said Israeli troops had used live ammunition during the operation. The Israeli Army Radio said soldiers opened fire "after confronting those on board carrying sharp objects". Israel media try to spin news saying activist shot first, while video footage shows they shooting to unarmed activist.Free Gaza Movement, the organisers of the flotilla, however, said the troops opened fire as soon as they stormed the ships. They also said the ships were now being towed to the Israeli town of Haifa, instead of Ashdod to avoid waiting journalists.

See video http://www.youtube.com/watch?v=yiRlYvua9WQ


Kenyataan Media dari Pasukan Pengurusan Krisis, LifeLine4Gaza

KENYATAAN MEDIA
: Isnin 31hb Mei 2010


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA



Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza 



1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah. 



2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.



3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain


a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,


b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,


c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan


d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.



4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.



5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.



6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama. 



7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.



8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini. 



9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.



10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.



Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia.



PRESS RELEASE: Monday 31st May 2010

The Government of Malaysia is urged to condemn Israeli raid on the Lifeline4Gaza humanitarian aid flotilla

Latest Development on the Lifeline4Gaza Flotilla;

1. As have been widely publicised, the Lifeline4Gaza flotilla has come under attack by the Israeli armed forces. Israeli aggressors have boarded the capital ship Mavi Marmara and open fire resulting in 3 volunteers dead and more than 30 others seriously injured. Mavi Marmara is one of the 7 strong flotilla enroute to Gaza to deliver the much awaited material aids to the besieged people of Gaza.

2. Twelve volunteers including media representatives from Malaysia is on board the capital ship Mavi Marmara. Their participation is purely humanitarian in nature.

3. All the objectives and movement of the flotilla is in compliance with the UN Security Council Resolution 1860 (2009) and all relevant maritime regulations. Resolution 1860 stated among others:

a) Appeal for deliverance of humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.

b) Urge efforts to ease passage and other mechanisms for the unimpeded deliverance of aids.

c) Call for all nations to support such efforts at the international level to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza

d) condemns acts of agression and attacks on civilians and all forms of acts of terrorism.

Every Malaysian participants in the flotilla are holding fast to the international regulations and laws and vow to uphold the goodname of Malaysia and our national aspirations.

4. The flotilla is laden with 10,000 tonnes of material aid. Over 540 volunteers are on board Mavi Marmara, including Parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. No weapons were brought in this flotilla even for self defense which testifies to the wholly humanitarian nature of the mission.

5. Based on these facts it is very clear indeed that Israel has violated international laws. Whatmore the raid took place in international waters and on an unarmed aid ship on a humanitarian mission. Israeli rash action deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

6. We appeal to the Government of Malaysia under the premiership of YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak and Datin Seri Paduka Rosmah Mansor in her capacity as patron for the Palestinian Aid Donations Drive to issue a statement condemning Israel for the murderous aggression on a peaceful flotilla whose objective is to deliver aid to the beseiged people of Gaza.

7. We call for the UN to convene an emergency assembly to pass a strong resolution against Israel and to summon Israeli leaders to the international court of justice for crime against humanity.

8. We call upon the Malaysians from all walks of life to express their utmost concern of the grave situation and to be ready to respond to any need for action and calls for our support in dealing with the incident.

9. We appeal to all political leaders, NGOs and the Malaysia people to join together in coming to the aid of the volunteers.

10. We also call upon every strata of the society to continue to supplicate and pray for the success of this mission and the safety of the volunteers from further untoward incidence.

Zulkifli Mohd Nani

Chairman

Crises Management Team for LL4G Malaysia

Sunday, 30 May 2010

Saturday, 29 May 2010

Terkini Konvoi Bantuan Ke GAZA



... berikut ada berita baru diterima... setelah kita menunggu hampir 24jam tiada khabar berita... Alhamdulillah kita masih dapat menerima berita dari para mujahid kita ... Allahu Akbar..!
Aslkm wr wb sahabat & sohibah akhukum fillah. Semoga antum dan kami di sini terus dalam rahmat dan keampunan Allah sekarang ni jam 2:00pagi di tengah-tengah lautan mediterranean. Ramai yang berada dalam kapal tidak tidur dan bermunajat kepad Allah. Betapa keberadaan kami di tengah-tengah lautan luas ini menjelaskan kebenaran ayat-ayat Allah yang kita baca saban hari.
Beberapa updates:-
1) bersama kami sekarag ada 4 buah kapal.
2) 3 buah kapal (sebenarnya boat, bukan kapal) tidak dapat sertai konvoi, semuanya daripada Greece. Jadi sekarang tinggal 6 kapal dan akan teruskan konvoi ini.
3) Kami dijangka sampai di perairan Gaza hari Sabtu (jam Turki).
4) Pasal Israel intercept commucations pun tak betul juga.

Kami berada di tengah lautan, jadi. tentunya kadang-kadang ada communications, kadang-kadang tidak ada. Itulah sahaja status terkini dari kami di lautan.
Segala maklumat tentang serangan ke atas konvoi adalah tidak benar.
Sekejap lagi, jam 3 pagi, kami akan buat tahajjud beramai-ramai di deckkapal. Alhamdulillah setakat ini majoriti crew amat komited dengan solat berjamaah, ramai kelihatan terikat dengan al Quran. Dalam perjalanan ana kemedia control room tadi, ramai juga yang bersendirian di sudut-sudut di merata tempat dalam kapal ini bermunajat kepada Allah. Insya Allah, hari ini:
1) akan kami teruskan live updates on Awani
2) sheikh qaradawi akan buat media statement on Al Jazeera berkaitan dengan konvoi ini.
Sekian dari Laut Mediterranean. Teruskan doa dan munajat antum.

Friday, 28 May 2010

Latar Belakang Life Line 4 Gaza



Latar belakang Life line 4 GazaMay 26, '10 11:41 AM
for everyone

Assalamualaikum wbkt.

1. Terdapat beberapa soalan asas yang sering ditanya berhubung dengan penyertaan NGO Malaysia dalam Misi Flotilla Life Line for Gaza (LL4G), misi kemanusiaan ke Gaza. Berikut dicoretkan beberapa noktah yang insyAllah dapat memberi sedikit gambaran latarbelakang Misi LL4G ini.

2. Misi Kemanusiaan LL4G adalah inisiatif secara formal ke empat yang pernah dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dalam menghadapi cengkaman ganas rejim zionis Yahudi. Misi-Misi ini diterajui oleh NGO-NGO dari seluruh dunia bagi memberi bantuan asas yang diperlukan oleh penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak lebih 3 tahun yang lalu. Misi LL4G ini adalah misi terbesar melalui laut yang pernah diusahakan dan disertai oleh NGO-NGO dari lebih 50 negara, dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa. Peneraju dan pengendali utama Misi LL4G ini adalah IHH (Insan Hak ve Hurriyetleri Insani Yardim Vakfi), sebuah NGO terkemuka Turki dengan mendapat sokongan penuh Kerajaan Turki.

3. Misi LL4G melibatkan 9 buah kapal dengan 3 daripadanya dari Turki. Tiga buah kapal dari Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di satu lokasi yang telah ditetapkan di sekitar perairan Cyprus, sebelum memulakan perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza. Enam buah kapal berkenaan akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan oleh Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.

4. Penglibatan NGO Malaysia dalam Misi LL4G ini terbahagi kepada dua iaitu (1) Gabungan lebih 50 NGO dari seluruh Malaysia di bawah kendalian IHH, dan (2) NGO di bawah kendalian Free Gaza Movement di mana Perdana Global Peace Malaysia adalah salah satu NGO berkenaan.

5. Bagi penyertaan di bawah kendalian IHH, setiap peserta perlu mengemukakan permohonan melalui koordinator negara masing-masing di mana HALUAN Palestin adalah koordinator bagi Malaysia. Pemilihan peserta perlu melalui saringan kesesuaian termasuk aspek keselamatan. Difahamkan terdapat kuota yang diperuntukkan bagi sesebuah negara atau organisasi bagi tujuan ini. Media dan penyertaan NGO mempunyai kuota berasingan.

6. Dalam Misi LL4G di bawah kendalian IHH ini, Malaysia diwakili oleh 6 NGO utama iaitu HALUAN, JIM, PACE, AQSA SYARIF, Yayasan Amal dan Muslim Care. Manakala dari segi bilangan peserta, HALUAN diwakili oleh 3 orang, JIM seorang yang juga mewakili PACE dan AQSA SYARIF, Yayasan Amal 1 orang, dan Muslim Care 1 orang. Selain itu, team media yang besama Misi LL4G Malaysia kendalian IHH adalah terdiri dari 5 orang iaitu 3 orang dari ASTRO AWANI dan 2 orang mewakili media dalaman HALUAN dan Akhbar Sinar. Dalam team media ini, 2 orang daripada mereka adalah aktivis HALUAN manakala seorang aktivis QASA SYARIF.

7. Memandangkan Misi LL4G adalah misi kemanusiaan yang melibatkan penyaluran bantuan berbentuk material dan juga projek, sumbangan kewangan dari setiap peserta NGO adalah elemen penting dalam menetukan penyertaan dalam misi ini. Dalam hubungan ini JIM telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200,000 melalui IHH untuk membeli pelbagai barangan dan peralatan yang diperlukan, dan seterusnya membawanya ke Gaza melalui Misi LL4G ini. Di samping itu, kutipan yang terkumpul melalui kempen intensif 48 jam yang berjumlah kira-kira RM200,000 juga insyaAllah akan disampaikan kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan.

8. Media memainkan peranan penting dalam menjayakan Misi Lifeline 4 Gaza ini. Oleh itu setiap kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan penyertaan media. Pada awalnya Misi LL4G di bawah kendalian IHH bercadang untuk membawa TV3 dalam kumpulan ini, namun di saat akhir pihak TV3 telah menarik diri dan difahamkan akan bersama kumpulan Free Gaza Movement. Usaha utuk mendapatkan khidmat Bernama TV juga mengalami kegagalan. Dengan inisiatif yang dijalankan oleh AQSA SYARIF, team LL4G ini akhirnya disertai oleh ASTRO AWANI. AQSA SYARIF adalah penaja utama dalam membawa ASTRO AWANI dalam Misi LL4G ini.

9. Semua peserta Misi LL4G di bawah kendalian IHH akan belayar di atas kapal Mavi Marmara, sebuah kapal penumpang yang boleh memuatkan seramai 1,080 penumpang. Namun bagi tujuan pelayaran ini, Mavi Marmara hanya akan membawa kira-kira 700 penumpang sahaja. Mavi Marmara yang telah berlepas dari Istanbul pada 24 Mei 2010 dalam satu majlis yang gilang gemilang kini telah berlabuh di Pelabuhan Antalya, Selatan Turki dan akan mengambil peserta misi sebelum berlepas ke Gaza. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelepasan ke Gaza tertangguh untuk beberapa hari disebabkan oleh kelewatan pelepasan kapal dari Greece. Maklumat terkini membayangkan pelayaran ke Gaza insyaAllah akan berlepas pada 27 Mei 2010 selepas Zohor.

Selamat Aliman

Ahli Misi LL4G mewakili JIM/PACE/AQSA SYARIF

Antalya, Turki

26 Mei 2010


Thursday, 27 May 2010

Dr Hafidzi Berceramah Palestin di Menara TM KL

Pada 25 Mei 2010, jam 12.15, penceramah Palestin terkenal Malaysia Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dari Aqsa Syarif telah dijemput berceramah di Dewan Serbaguna Menara Telekom Malaysia. Berceramah di hadapan lebih 500 warga TM banyak menjuruskan penyampaiannya kepada isu Palestin dan Al-Aqsa sebagai salah satu tanah suci umat Islam dan kewajipan kita untuk mempertahankannya. Majlis disertai sama oleh pegawai No. 2 TM iaitu Datuk Bazlan Osman (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM) dan Hj Gazali Harun (Ketua Pegawai Perolehan kumpulan TM) serta pegawai pegawai lain.

Ceramah yang diselang seli dengan tayangan video clip itu menjadi syahdu dan ramai hadirin menjadi sebak apabila Dr Hafidzi menayangkan dan membacakan wasiat yang diterima dari salah seorang sukarelawan Malaysia yang sedang menuju ke Gaza.

Dr Hafidzi mengajak para hadirin untuk sama sama menyumbang tenaga dan harta kearah pembebasan tanah suci ini. Jumlah kutipan yang disumbang oleh hadirin ialah RM 5,708 dan telah diserah sendiri oleh Datuk Bazlan kepada Dr Hafidzi.

Selain itu, jualan buku, kaunter penerangan dan bahan bahan Aqsa Syarif juga mendapat sambutan yang baik. Kami bercadang untuk meletakkan Tabung secara tetap diruang legar Menara TM untuk kemudahan para penyumbang. Sesi soal jawab juga diadakan, dimana salah satu yang disentuh ialah skim penajaan anak yatim Palestin. InsyaAllah, BAKIT TM akan menjadi pengantara untuk warga TM yang berhajat untuk menyumbang.

Majlis disenggarakan oleh Aqsa Syarif Batu, diketuai oleh Pengerusi Urusetianya En Hassan Unir dan petugas Aqsa Syarif KL iaitu Puan Anfaal. Foto-foto yang

diambil oleh En Nasir & Hazwan boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/abusyamil/

Menanti Hari Pelayaran ke Gaza

Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo daripada Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal daripada Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya.

Kira-kira 600 orang peserta konvoi daripada 45 buah negara yang akan menyertai konvoi kemanunisaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara berkumpul di bandar pelabuhan Antalya di selatan Turki bagi membuat persiapan akhir sebelum bertolak. Sehingga malam tadi, seramai 547 orang telah hadir mendaftar diri dan menandatangani perjanjian setia di stadium bola keranjang Kepez Arena.

Peserta-peserta yang hadir pada malam tadi datang dari pelbagai negara, termasuklah daripada Malaysia, Belgium, Mauritus, Australia, Jerman, Kosovo, Mesir, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Sepanyol, Syria, Lubnan, Oman, Kuwait, Pakistan, Turkmenistan, Palestin, Afrika Selatan, dan negara tuan rumah Turki.

Dalam perhimpunan dan sidang akbhbar yang gemuruh dengan laungan takbir dan selawat serta laungan seruan menyokong Gaza itu, Presiden IHH, Bulent Yildirim mengajak para peserta bersiap sedia menghadapi berbagai ancaman Israel –- termasuklah perancangan mereka untuk memaksa kapal-kapal memasuki Ashkelon di mana Israel telah menyiapkan sebuah penjara besar yang boleh memuatkan 1000 orang tahanan -– terhadap perjalanan ini dengan kesabaran dan ketaatan kepada strategi yang ditetapkan kepimpinan konvoi.

“Dengan pertolongan Allah, dengan sokongan saudara-saudara kita, sudah lebih dari 4 juta orang yang mencintai Gaza… dan setiap hari, setiap bulan terus berkembang,” seru Bulent. “Insya Allah kita akan menyampaikan bantuan ini dan sesudah berjaya, kita akan menghantar bantuan ini setiap bulan.”

“Kita menghantar bantuan untuk kepentingan orang Gaza dan Palestin,” tambah Bulent. “Mungkin mereka akan menuduh kita menyalurkan bantuan kepada Hamas. Kita ingin mengatakan kepada dunia bahawa kita menyalurkan bantuan kepada masyarakat Palestin dan Gaza. Hamas ada perjuangan mereka sendiri.”

“Jadi saya meminta kepada saudara-saudara yang mengikuti konvoi ini, terutama saudara-saudaraku masyarakat Turki, untuk bersabar dan taat kepada kepemimpinan konvoi ini. Tanpa ada ketaatan dan kesabaran ini, misi kita tidak akan efektif,” ujar Bulent.

Menurut salah seorang pegawai kanan IHH, Nalan Dal, setakat ini telah dibentuk sebuah majlis syura yang terdiri daripada enam orang yang mewakili enam organisasi terbesar dalam konvoi. Majlis ini akan berada di atas kapal Mavi Marmara dalam perjalanan ke Gaza ini dan mengambil tampuk kepemimpinan.

Presiden IHH, Bulent juga mengingatkan bahawa di dalam konvoi ini ada peserta bukan Muslim, termasuk Yahudi. “Kami ingin anda semua mengikuti semua strategi kita,” seru Bulent. “Kita berasal daripada lebih 50 buah negara. Israel menginginkan keberagaman latar belakang kita menjadi sumber masalah dan perpecahan, maka penting sekali bagi setiap peserta untuk (taat)…”

Sidang akhbar berlangsung dengan meriah sekali di Kepez Arena. Selembar bendera Palestin berukuran raksasa digantungkan di tengah-tengah gelanggang bola keranjang, sementara berbagai organisasi peserta konvoi memaparkan sepanduk-sepanduk mereka. Wakil-wakil daripada Malaysia turut menggantung sepanduk besar bertulis “Lifeline 4 Gaza. Hapuskan Embargo. End the Siege…”

Selain kapal penumpang Mavi Marmara yang akan membawa sekitar 600 orang aktivis kemanusiaan, wartawan, tokoh politik, dan tokoh masyarakat berbagai negara yang memprotes embargo brutal Israel atas Gaza selama empat tahun ini. Di samping kapal penumpang, IHH juga membawa dua buah kapal kargo. Masing-masing kapal tersebut ditaja oleh NGO daripada Kuwait dan Algeria.

Menurut Bulent, setakat ini sudah dimuatkan lebih dari 2100 tan bahan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Gaza, termasuk bahan makanan, kelengkapan dan peralatan sekolah, ubat-ubatan, bahan binaan bangunan seperti simen dan besi.

Enam buah kapal yang lain juga akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.

3 buah kapal daripada Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di perairan Cyprus, sebelum memulai perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza.

Posted by lifeline4gaza on 25 May 2010

Pelayaran ke Gaza akan berlepas malam ini


Setelah tertangguh selama 2 hari, insyaAllah konvoi sembilan buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza akan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Kuala Lumpur) dari ini, Khamis 27 Mei . Pengumuman ini telah disampaikan oleh penganjur utama, (IHH) kepada semua wakil-wakil NGO yang kini sedang siap-sedia menunggu arahan daripada kepimpinan konvoi.

Sukarelawan- sukarelawan daripada lebih 30 buah negara kini sedang berkampung di Stadium Bolakeranjang Kepez Arena, Antalya sementara menunggu arahan untuk berlepas dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Pelayaran mereka yang sepatutnya bermula jam 5 pagi Ahad lalu (25 Mei) tertangguh kerana kapal-kapal dari Greece tidak dapat tiba seperti yang dijadualkan.

Walaupun terpaksa menunggu, peserta dan urusetia konvoi masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti, terutama sekali untuk tugasan media. Bagi peserta-peserta lain, mereka tetap memanfaat masa dengan untuk berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman, bersukan dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Malam tadi, Dr Akram Saleh iaitu salah seorang pembantu Syeikh Yusuf Qardhawi yang akan bersama-sama mengikuti konvoi ini, memberikan taushiyah sejurus selepas solat maghrib berjamaah.

Semakin ramai peserta memenuhi Kepez Arena kerana kapal-kapal dari Sweden dan Greece kini sudah tiba di sini. Namun sebahagian besar peserta dari kedua negara itu tidur di dalam kapal. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin kapal “Ship to Gaza” daripada Sweeden dan Greece, Mattias Gardell dan Dimitris Plionis, turut bersama-sama makan malam di Kepez Arena.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat buah kapal telah berlepas dari pelabuhan di Greece dengan membawa lebih 120 orang peserta konvoi. Mereka dijangka akan bergabung dengan kapal-kapal daripada Turki, Ireland dan England sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Keseluruhannya, lebih daripada 10 ribu tan bahan bantuan akan dihantar ke Gaza. Usaha ini melibatkan penyertaan seramai lebih 750 orang sukarelawan dari lebih 50 buah negara, termasuklah tokoh-tokoh politik dan selebriti. [Mohd Nizam/LL4G]