Monday, 21 February 2011

Dr. Hafidzi, Mahathir berforum isu Palestin


Sunday, 20 February 2011 22:16
TRONOH – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor pada Khamis lalu duduk sepentas bersama bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu rakaman Forum Perdana Ehwal Islam versi Bahasa Inggeris di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini. Forum bertajuk “Palestine – A Global Issue” itu dianjurkan oleh UTP dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dr Hafidzi yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) banyak menyentuh berkenaan mulianya Palestin dalam Islam dan betapa semua orang sangat perlu menyokong dan mendukung isu Palestin ini baik mereka Muslim ataupun tidak.
“Isu ini tidaklah seharusnya eksklusif kepada orang Islam sahaja tetapi ia lebih daripada itu. Kita tidak memperjuangkan tanah Palestin itu untuk diduduki oleh orang Islam sahaja tetapi kita perjuangkan semua hak yang sepatutnya diberikan kepada rakyat di sana termasuklah orang-orang Kristian yang dinafikan haknya oleh Israel,” kata beliau kepada kira-kira 700 hadirin.
Dr Hafidzi juga sempat menjawab soalan daripada seorang rakyat Mozambique tentang peranan yang boleh dimainkan oleh orang muda untuk memberi sumbangan kepada Palestin. Beliau sambil berseloroh berkata orang-orang muda biasanya lebih energetic dan mempunyai idea yang lebih kreatif. Contoh terbaru yang beliau berikan ialah apabila sekumpulan pelajar universiti di German membina replika tembok besar dan menulis bahawa mereka tidak dapat lagi berhubung dengan keluarga di sebalik tembok tersebut. Idea ini memberi gambaran jelas tentang keperitan yang berlaku di Gaza.
Turut hadir dalam program tersebut ialah isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rektor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin Kasim serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim.
Sementara itu, Mahathir dalam pembentangannya mengimpikan harapan untuk melihat warga dunia menganjurkan demonstrasi demi membebaskan Palestin.
“Kita bukan sahaja berdepan dengan Israel atau Zionis, malah terpaksa menghadapi kuasa terbesar dunia ketika ini iaitu Amerika Syarikat. Demi rakyat Palestin, kita kena kumpulkan rakyat di seluruh dunia dan berdemonstrasi terus-menerus sehingga Amerika yang menjadi sekutu kuat Israel tersungkur jatuh. Tetapi malangnya harapan itu agak mustahil untuk berlaku,” ulas Mahathir.
Beliau yang juga merupakan Canselor UTP turut menerangkan bahawa Amerika Syarikat juga menjadi punca pemimpin-pemimpin negara Islam di kawasan sekitar terus takut dan tunduk dengan kehendak Israel. Ancaman yang berterusan dikenakan kepada mereka kerana kebergantungan ekonomi yang besar kepada kuasa dunia tersebut.
Mahathir dalam hujah penggulungannya meletakkan harapan bahawa suatu hari nanti kita akan berjaya membebaskan rakyat Palestin daripada kekejaman Zionis.

1 comment:

  1. 100% DEPOSIT BONUS DAN BONUS REFERRAL 50% SEUMUR HIDUP
    BOSEN DENGAN POKER YANG ANDA MAIN TIDAK PERNAH WITHDRAW!!
    SEGERA PINDAH KE WWW.BETDANWIN.COM POKER DENGAN MODAL DIKIT BISA MENANG RATUSAN JUTA
    Minimal Deposit 10.000 Withdraw 20.000.
    WWW.BETDANWIN.COM
    JADILAH MEMBER AKTIF REFERRAL 50% SEUMUR HIDUP
    KUNJUNGI DAN LIKE FANPAGE KAMI https://www.facebook.com/BetdanWin-1071580636209445/?ref=ts&fref=ts

    ReplyDelete