Saturday, 5 February 2011

Dakwah dan Tarbiyah Asas Pentadbiran Di Gaza

http://aqsa2gaza.blogspot.com.





"Apa jua yang sedang dilaksanakan di Gaza sama ada di dalam aktiviti kerja-kerja kemanusiaan (humanitarian), pendidikan, keselamatan, politik dan ketenteraan adalah berasas dan berpaksikan Dakwah dan Tarbiyah" Kata syeikh AbdelRahim Shihab, aktivis kemanusiaan dan perunding kepada Jabalia City Municipality yang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Islam termasuk Turki, Malaysia dan Indonesia.

Al-Qur'an adalah rujukan utama kepimpinan dan al-Qur'an siajar di Masjid-masjid, di sekolah-sekolah dan dirumah.Al-Qur'an dibaca, dihafaz dan dipelajari oleh semua golongan. Al-Qur'an menjadi rujukan dan panduan di dalam semua institusi keluarga, persatuan dan agensi kerajaan. Nilai-nilai murni sentiasa digali dari al-Qur'an bagi dijadikan panduan dalam segala gerak kerja.

Al-Sunnah yang dipelajari dari Hadith Nabi SAW adalah rujukan pelengkap selepas AL-Qur'an. Syeikh Ahmad Yasin adalah di antara pemimpin, ulama' dan cendikiawan gerakan Islam yang telah mewakafkan hidupnya untuk membangunkan suatu gerakakan Islam yang merujuk dirah perjalanan nabi dan para sahabat di dalam keadaan senang mahupun genting. Nabi SAW pernah berdepan dengan musrikin dan dengan yahudi. Banyak panduan yang boleh diperolehi dari meneliti dan mempelajari sirah perjalanan Rasulullah SAW bermula di dalam peringkat lemah (pengikut yang sedikit), dan di dalam keadaan Islam berkembang dan kuat.

Gaza tidak mungkin bertahan dan tidak mungkin akan menang tanpa asas dakwah dan tarbiyah sebagaimana yang didemonstrasikan oleh junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat R.A. dan kini dikembang-amalkan oleh gerakan Ikhwan Muslimin,

Ini adalah sebahagian dari kandungan ceramah Syeikh AbdelRahim dihadapan ahli-ahli IKRAM Johor di Ibu Pejabat IKRAM Johor di Tmn Universiti Skudai.

# Banyak lagi berita dan kandungan ceramah Syeikh AbdelRahim Shihab dipaparkan di http://aqsa2gaza.blogspot.com.

Tuesday, 14 December 2010

Sheikh Raed Salah released from Israeli prison


Sheikh Raed Salah, the influential leader of the northern branch of the Islamic Movement in Israel, a preacher of Al-Aqsa Mosque and a passenger on the Mavi Marmara humanitarian aid ship, was released from Israeli prison on Dec. 12 after serving a jail sentence of five months.


13.12.2010 - Sheikh Raed Salah released from Israeli prison
Hundreds of people carrying Turkish and Palestinian flags greeted Salah as he was freed from the Ayalon Prison in Ramle.

Sheik Salah was sentenced three and a half years ago after allegedly assaulting a police officer during a protest near Al-Aqsa Mosque in east Jerusalem, al-Quds. But many believe the arrest was carried out for political reasons to prevent the Sheik from communicating with Palestinians on issues central to their cause.

He preferred to be jailed to serving for Israel

Israel had proposed Salah to serve his jail term by serving at Israeli institutions; however, he rejected Israel’s proposal and preferred to serve in jail. It was reported that Salah who continues fighting for protection of Aqsa Mosque and Muslim dignity wrote three books in jail.

‘Prison was like heaven for me’

Addressing his supporters in front of the Israeli prison, Salah said: “The prison was like heaven for me. My days were filled with prayers and they passed very well.” Salah also wanted all Muslim brothers who are persecuted in the jail to be released as soon as possible. Salah had been banned form entering Aqsa Mosque in 2007 and the ban is still valid.

Saturday, 23 October 2010

Gaza Bumi Yang DiRahmati

Hari ketiga di Gaza, saya melihat keberkatan dan kerahmatan Allah untuk penduduk Gaza dan umat Islam sedunia yang menyokong dan membantu perjuangan memerdekakan Palestin dari penjajah haram rejim Zionis Israel yang tidak berperi kemanusiaan.
Sesungguhnya Bumi ini memberi peluang kepada sesiapa yang ingin beramal, bermujahadah dan berjihad kerana Allah.

Ya Allah kurniakan kerahmatan dan kebaikkan untuk aku, keluarga ku, sanak saudaraku, jiran-jrianku, rakan seorganisasi ku, kepimpinan dan ahli-ahli Aqsa As-Syarif, IKRAM, koperasi muslimin, STAIL, SMART dan sekolah-sekolah, institusi-institusi Islam di Malaysia seluruhnya dan seluruh dunia. Lembutkan hati-hati kami semua ya Allah utntuk terus menyumbang kepada pembebasan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa Yang Mulia. Amin...!
GAZA CITY 24 OKT 2010

Tuesday, 12 October 2010

Dapatlkan Update Konvoi Kemanusiaan Aqsa2Gaza

Assalamualaikum
Dapatkan update Perjalanan Konvoi Aqsa2gaza di

http://aqsa2gaza.blogspot.com

Terima kasih

Sunday, 12 September 2010

Aqsa Syarif Sekali Lagi Berpeluang Melebarkan Rangkaian

Salah satu dari 4 objektif Aqsa Syarif (AQSA) adalah Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara. Buat pertama kali ketika menyertai Kapal Marvi Marmara yang dianjurkan oleh IHH Turki telah memberikan kesempatan berkenalan dengan pelbagai badan yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin. Kini sekali lagi peluang bersama menyertai Konvoi Misi Kemanusiaan Viva Palestina 5 yang akan bermula pada 18 Sept 2010 akan memberi ruang AQSA berinteraksi dengan NGO berkaitan perjuangan Palestin di luar negara, khususnya di Eropah.

Viva Palestina UK yang menjadi penganjur utama Konvoi Kemanusiaan melalui jalan darat kali ini telah melalui pengalaman yang berharga semenjak konvoi pertama pada 14 Februari 2009. Hanya mengambil masa empat minggu, konvoi jalan darat yang disertai oleh 110 kenderaan, 260 sukarelawan dan menyumbangkan bantuan kepada Gaza dengan nilai sejumlah £1.5m (RM3.9 jur) telah berjaya mencapai tujuan konvoi tersebut. Perjalanan konvoi pertama itu telah melalui utara Afrika dari UK merentasi Moroko dan Algeria.

Konvoi jalan darat pada kali ini memilih jalan merentasi Peranchis, Itali, Grees, Turki, Syria dan Mesir sebelum memasuki Rafah dan Gaza. Aqsa Syarif yang diwakili oleh tujuh (7) sukarelawan akan bersama-sama konvoi dari awal perjalanan hingga ke destinasi Gaza. Tentunya sepanjang perjalanan, AQSA akan mengambil peluang berinteraksi, belajar dan saling bertukar-tukar pengalaman disamping mewujudkan rangkaian sesama NGO. Peluang tersebut Insya Allah akan sebagai sebahagian dari latihan dan pendedahan yang berguna agar AQSA akan dapat lebih matang dan mampu berperanan dengan lebih berkesan di dalam mahupun di peringkat global.

Saturday, 11 September 2010

Kempen Kutipan Dana Konvoi Kemanusiaan A2GVP5 Sambil Berhari Raya


Para aktivis Aqsa Syarif (AQSA) seluruh negara besama-sama sukarelawan Konvoi Kemanusiaan Aqsa Syarif to Gaza Viva Palestina 5 (A2GVP5) terus memanfaatkan pertemuan Hari Raya dengan menyebarluaskan kesedaran tentang Palestin di samping menjana dana Palestin dari rakan dan taulan serta sanak saudara terdekat.

Isu Palestin perlu mendarah daging dalam diri aktivis selagi Bumi Anbiya' yang penuh barakah itu masih di dalam cengkaman zionis Israel yang kejam. Di samping kemewahan juadah Hari Raya, rakyat Malaysia harus insaf bahawa yang dizalimi di Palestin itu adalah saudara seagama dan seqidah. Amat tidak wajar bagi sesaorang mukmin yang tidak membantu keperitan yang dideritai oleh saudaranya khususnya di Gaza. Berita lanjut sila ke
http://aqsa2gaza.blogspot.com.


Monday, 6 September 2010

Konvoi Darat Berlepas 18 Sept 2010



Insya Allah Konvoi Misi Kemanusiaan mengikut jalan darat dari London menuju Gaza akan mula berlepas pada 18 Sept 2010 ( Hari Raya ke 9). Konvoi puluhan kenderaan pelbagai jenis dan saiz akan membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh, dinafikan hak dan dikepung oleh regim zionis yahudi zalim. Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaan bagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa.Aqsa Syarif (AQSA) telah membeli 3 kenderaan dengan harga RM165,000.00 dan usaha sedang dibuat untuk membeli pelbagai keperluan bagi dibawa ke Gaza. Kenderaan akan dipandu oleh 6 - 9 sukarelawan AQSA yang akan berlepas pada lebih awal. Orang ramai diseru untuk tutut menyumbang bagi membantu misi yang mulia sesuai dengan moto AQSA "Memperkasa Ummah - Membebaskan AQSA". Sila Bank-in sumbangan anda ke akaun Maybank AQSA 55157599429 dan SMS ke 019-4815584.