
Monday, 6 September 2010
7 SUKARELAWAN AQSA AKAN MENYERTAI KONVOI

Friday, 3 September 2010
Aqsa Syarif Menyertai Konvoi Darat ke Gaza Insya Allah
Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Ilahi. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Aqsa Syarif (AQSA) berjaya menaja 3 buah kenderaan atas nama Aqsa Syarif bagi menyertai konvoy ke Gaza anjuran VP (Viva Palestina) yang akan bertolak dari London pada 18 September 2010.
Aqsa Syarif akan bergerak di bawah nama VPM sebagai penyertaan induk (VPM adalah wakil VP UK yang menerajui land convoy ke Gaza). Ketiga-tiga kenderaan ini adalah sebahagian dari 6 kenderaan yang bergerak di bawah lambang Viva Palestina Malaysia (beserta dgn lambang Aqsa Syarif dan PACE) pada kenderaan yang ditaja oleh Aqsa Syarif.
Adalah dijadualkan convoy ini akan bergerak pada 18 September ini. Oleh itu saya selaku PIC Land convoy ke Gaza bagi pihak Aqsa Syarif ingin membuat rayuan ini.
- Kos penajaan ketiga-tiga kenderaan ialah RM165,000. Kita telah mendahulukan jumlah ini dari tabung umum Palestin Aqsa Syarif. Besarlah hasrat Lembaga Pengarah Aqsa Syarif agar jumlah ini dapat ditampung pula oleh sumbangan dari kita semua supaya wang sebanyak RM165,000 itu dapat diganti dan digunakan untuk pelbagai tujuan lain yang mendesak.
- Dengan itu bersempena dengan 7 lagi hari yang tersisa di bulan Ramadhan ini (apatah lagi 7 hari yang terakhir) kami merayu kepada saudara saudari untuk melakukan amal infaq yang sangat dituntut dari kita terutama di bulan Ramadhan ini.
- Mohon mereka yang menyahut seruan ini dapat memaklumkan kepada saya secara e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com) dan bank in infaq anda semua ke akaun Aqsa Syarif MBB 551575004299 dan memaklumkan ke ibu pej dgn fax ke 03-87349636 dengan menyatakan sumbangan adalah utk 'LAND CONVOY'
- VP UK juga menghendaki 6 orang pemandu (2 orang bagi satu kenderaan). Kami sedang membuat senarai pendek volunteers yang akan menyertai konvoy ini. Buat masa ini Lembaga Pengarah akan memutuskan calun yang sesuai. Namun jika saudara-saudara berminat dan boleh menyertai misi ini sila maklumkan juga kepada saya melalui e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com). Namun keputusan muktamad nanti adalah tertakluk kepada pemilihan dan budi bicara Lembaga Aqsa Syarif
jzkk
Dr Hafidzi Mohd Noor
PIC LAND CONVOY
Aqsa Syarif/VPM
Thursday, 26 August 2010
Pengerusi AQSA Serah Bantuan di Beirut
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ... beginilah kehidupan berjuta rakyat Palestin yang dipaksa regim Yahudi meninggalkan bumi mereka yang sah. Mereka dipaksa hidup sedemikian rupa tanpa kerelaan. Rancangan Bersamamu Palestin disiarkan beberapa minggu mulai 25 Ogos di TV3. Marilah terus bersama AQSA Memperkaa Ummah Membebaskan Al-Aqsa dari Yahudi durjana!!
Monday, 23 August 2010
Pengerusi AQSA Serah Bantuan



Pengerusi AQSA membuat penyerahan tajaan rakyat Malaysia untuk Anak-anak yatim Palestin di Beirut baru-baru ini. Jika anda ingin membuat penajaan bagi diserahkan pada masa yang akan dirancang nanti sila ke : http://aqsasyarif.com/tajaan/. Penyerahan pada awal Ramadhan tahun ini benar-benar memberi makna kepada anak-anak Yatim Palestin yang akan menyambut Hari Raya. Penyerahan tersebut turut dirakamkan melalui program Bersamamu Palestin TV3 yang akan ditayangkan mulai minggu ini bersama Duta Palestin TV3 Faizal Tahir.
Sunday, 15 August 2010
Misi Bantuan Palestin Di Kem-kem di Beirut

Friday, 6 August 2010
Keganasan Regim Yahudi Kerana Pemimpin Yang Zalim

Jika sesebuah bangsa itu silap pertimbangan memilih pemmpin yang rosak nilai drinya, maka kesannya bukan kepada mereka yang dipimpin, tetapi boleh menyebabkan orang lain yang tidak berdosa. malah apa yang berlaku di Palestin dan dunia keseluruhannya ialah apabila bangsa Israel meletakkan pimpinan pada yang silap. Lebih 60 tahun krisis dunia yang berpusat di timur tengah adalah antara yang utama apabila kepimpinan bangsa Yahudi diberi kepada pemimpin yang zalim. Perdana menteri silih bergandi di Israel menyaksikan keganasan-demi keganasan yang tidak berkesudahan. Berikut adalah bukti-bukti yang nyata.
*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).
– Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).
– Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).
Baca lanjut tentang pemimpin-pemimpin rejim Yahudi dalam http://aqsasyarif.com/artikel/janji-israel-ke-atas-palestin/
Saturday, 17 July 2010
Borang Penajaan ANAK YATIM & KELUARGA MISKIN Online

Mereka yang berminat untuk menaja anak yatim atau keluarga miskin boleh menggunakan borang online yang disediakan oleh Aqsa Syarif. Semua maklumat akan dimasukkan terus ke dalam sistem maklumat Aqsa Syarif. Terima kasih kepada team IT Aqsa Syarif.
