Thursday 27 May 2010

Dr Hafidzi Berceramah Palestin di Menara TM KL

Pada 25 Mei 2010, jam 12.15, penceramah Palestin terkenal Malaysia Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dari Aqsa Syarif telah dijemput berceramah di Dewan Serbaguna Menara Telekom Malaysia. Berceramah di hadapan lebih 500 warga TM banyak menjuruskan penyampaiannya kepada isu Palestin dan Al-Aqsa sebagai salah satu tanah suci umat Islam dan kewajipan kita untuk mempertahankannya. Majlis disertai sama oleh pegawai No. 2 TM iaitu Datuk Bazlan Osman (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM) dan Hj Gazali Harun (Ketua Pegawai Perolehan kumpulan TM) serta pegawai pegawai lain.

Ceramah yang diselang seli dengan tayangan video clip itu menjadi syahdu dan ramai hadirin menjadi sebak apabila Dr Hafidzi menayangkan dan membacakan wasiat yang diterima dari salah seorang sukarelawan Malaysia yang sedang menuju ke Gaza.

Dr Hafidzi mengajak para hadirin untuk sama sama menyumbang tenaga dan harta kearah pembebasan tanah suci ini. Jumlah kutipan yang disumbang oleh hadirin ialah RM 5,708 dan telah diserah sendiri oleh Datuk Bazlan kepada Dr Hafidzi.

Selain itu, jualan buku, kaunter penerangan dan bahan bahan Aqsa Syarif juga mendapat sambutan yang baik. Kami bercadang untuk meletakkan Tabung secara tetap diruang legar Menara TM untuk kemudahan para penyumbang. Sesi soal jawab juga diadakan, dimana salah satu yang disentuh ialah skim penajaan anak yatim Palestin. InsyaAllah, BAKIT TM akan menjadi pengantara untuk warga TM yang berhajat untuk menyumbang.

Majlis disenggarakan oleh Aqsa Syarif Batu, diketuai oleh Pengerusi Urusetianya En Hassan Unir dan petugas Aqsa Syarif KL iaitu Puan Anfaal. Foto-foto yang

diambil oleh En Nasir & Hazwan boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/abusyamil/

No comments:

Post a Comment