Thursday 15 April 2010

Aqsa Syarif di Harian Metro


RM170 bantu anak yatim Palestin

2010/04/12

GOMBAK: “Nilainya mungkin sedikit bagi kita, tapi cukup dan besar ertinya kepada mereka,” kata Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Hasanuddin Mohd Yunus mengenai program Tabung Anak Yatim Palestin yang dibangunkan untuk membantu kanak-kanak malang negara itu.

Menurutnya, program terbabit dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Lubnan iaitu Takaful for Child Wellfare membolehkan kira-kira 100 kanak-kanak Palestin berusia sehingga 15 tahun diambil menjadi anak angkat rakyat Malaysia.


Katanya, mana-mana pihak yang berminat menyertai program itu dibolehkan mengambil seorang kanak-kanak Palestin sebagai anak angkat dengan menaja perbelanjaan sebanyak RM170 sebulan atau AS$50.


“Jumlah tajaan ini bukan kami yang putuskan sebaliknya Takaful for Child Wellfare yang sudah mengambil kira semua keperluan anak yatim terbabit dan bantuan kewangan yang sewajarnya diterima oleh mereka.


“Ini juga sebahagian cara kita membantu meringankan beban dan penderitaan masyarakat Islam di Palestin berikutan kekejaman rejim Israel, malah pihak kami yakin program sebegini sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan positif kanak-kanak di sana.


“Setakat ini juga kita memperuntukkan 100 bayi dan kanak-kanak untuk dijadikan anak angkat,” katanya ketika di Konvensyen Aqsa Syarif SeMalaysia 2010, kelmarin,” katanya.

No comments:

Post a Comment