Thursday 15 April 2010

Konyensyen Aqsa Syarif Berjaya






Sabtu 10.4.2010, Aqsa Syarif telah berjaya mengadakan Konvensyen AQSA SYARIF seMalaysia 2010 di UIA Gombak. Konvensyen berbentuk Training of Trainers (ToT) itu dihadiri seramai kira-kira 200 peserta dari seluruh negara dan IPT tempatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan ucapan perasmian yang penuh bersemangat oleh Pengerusi Aqsa Syarif sendiri iaitu Tn Hj Hasanuddin Mohd Yunos. Konvensyen dipenuhi dengan pembentangan 4 kertas kerja yang menyentuh tajuk-tajuk; 1. Sorotan Sejarah Bani Israel; 2. Makna al-Aqsa bagi muslim; 3. Isu Semasa al-Quds; dan 4. Tips kempen ceramah AQSA SYARIF, iaitu disampaikan oleh Tn Hj Shahool Hamed, Dr Hafidzi, Dr Tengku Saharom dan Pak Utih (Hj Shafiai). Sesi soal jawab juga telah mendapat sambutan yang hangat di mana para peserta bertali arus bertanyakan soalan kepada Ahli Lembaga Aqsa Syarif sebagai tanda sokongan dan keprihatinan mereka terhadap perjuangan Palestine. Kini kewujudan AQSA SYARIF kini sekali gus adalah sebagai peneraju perjuangan dan aktiviti menyokong perjuangan Palestin di Malaysia. Lebih manis dan menarik lagi di akhir program setiap wakil daerah, negeri dan IPT telah dihadiahkan vest Aqsa Syarif sebagai simbolik perlantikan mereka sebagai duta AQSA SYARIF di lokaliti masing-masing.

Sebelum balik, para perwakilan dari negeri dan daerah seluruh Malaysia dibekalkan dengan KIT dan Produk Aqsa Syarif bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kempen kesedaran di negeri-negeri dan daerah-daerah.

No comments:

Post a Comment