Thursday 15 April 2010

Ceramah "Aqsa .. kami bersama Mu" di Felda Taib Andak Johor






15 April 2010, Seramai hampir 100 jamaah menghadiri ceramah "Aqsa ... kami bersamm mu" di Masjid jami' Felda Taib Andak anjran bersama Kelab Belia JIM dan Masjid tersebut. Hadirin terdiri dari orang dewasa, kaum wanita dan kanak-kanak. Ceramah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (S/U Aqsa Syarif Malaysia) dan Prof Madya Dr Mad Hussin Yunan (Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Johor Bahru Tengah). Sejarah ringkas, perkembangan terkini Palestin dan apa yang harua dilakukan oleh kita rakyat Malysia menjadi kandungan utama ceramah. Projek Aqsa Syarif yang utama iaitu projek bantuan utnuk anak yatim dan keluarga susah menjadi penggulung ceramah dan para hadirin diberikan pemplet berkaitan.
Pameran dan jualan produk-produk Aqsa Syarif yang diadakan juga mendapat sambutan yang hangat. Pameran dan jualan diuruskan oleh petugas-petugas Aqsa Syarif Daerah Kulai Jaya.

Penceramah turut berbincang dengan pihak penganjur akan kemungkinan pada masa hadapan, suatu program yang lebih besar seperti Karnival Bantu Palestin berkemungkinan bolah dianjurkan di Felda Taib Andak ini bagi memberikan pendedahan mengenai isu-isu Palestin kepada penduduk-penduduk felda ini dan felda-felda sekitarnya.

Sebelum bersurai, jamuan Nasi Ambeng dihidangkan oleh tuan rumah.

No comments:

Post a Comment