Tuesday 27 April 2010

AQSA SYARIF SARAWAK MULA MELANGKAH

25 April bermula sejarah bila mana buat pertama kali Aqsa Syarif menjalankan aktiviti penerangan kepada bakal-bakal petugas khususnya di Kuching. Seramai sekitar 30 aktivis di sekitar Kuching dari pelbagai lapisan hadir. Prof Madya Dr Mohd Zin datang ke Kuching dengan membawa KIT dan Merchandise AQSA bagi kegunaan aktiviti kempen dan penerangan menganai Palestin. Orang ramai yang ingin mengadakan aktiviti berkaitan Palestin, boleh menghubungi wakil-wakil Aqsa Syarif seperti ebrikut:-


Serawak Ust Dr Azhar bin Ahmad 013-8016411
Kuching Ust Azman Zen019-4671364
Kota Samarahan Shahrul Muhamadan; 019-2697595
Bintulu Ust. Arifin bin Sebli; 013-8408201
Miri Amir Ismail; 013-9329093

Selepas maghrib pula Ahli Lembaga Aqsa Syarif tersebut telah berkesempatan memberikan ceramah umum mengenai perkembangan terkini di Palestin di surau Kampung Gersik.

Sebanyak RM246.70 sumbangan Palestin diserahkan kepada Aqsa Syarif dalam majlis yang ringaks tersebut. Kampung Gersik berada di tebing sungai serawak dan bertentangan
dengan bandaraya Kuching. Kampung ini terkenal juga dengan tempat penghasilan Kek Lapis.

No comments:

Post a Comment