Monday 5 April 2010

Kini Anda Boleh 'Memiliki' Anak Angkat Palestin


Tidak mungkin anak-anak Palestin dikeluarkan dari bumi mereka atau dari kem-kem tahanan/pelarian di dalam mahupun di luar tanah Palestin (di Jordan, Syria atau di Lubnan). Mengapa ? Ya kerana kanak-kanak tersebut sebenarnya diperlukan berada di sana. Walaupun di dalam kesusahan dan bahaya disebabkan angkara rejim zionis Israel, namun kehidupan dan proses pembesaran mereka tidak boleh dipisahkan dari suasana susah dan perjuangan. Kerana dengan demikian mereka akan menjiwai hakikat perjuangan yang perlu mereka teruskan setelah orang tua mereka syahid atau meninggal dunia.
Namun anda masih berpeluang 'memiliki' mereka melalui Skim Bantuan Anak-anak Yatim Palestin yang diuruskan oleh Aqsa Syarif di Malaysa dengan Wakil Pertubuhan di Beirut. Skim bantuan merupan suatu usaha untuk membiayai anak-anak yatim secara sistematik dan berterusan. Sumbangan bulanan yang bernilai USD50.00 atau menyamai RM170.00 diperlukan untuk membiayai kehidupan setiap orang anak yatim Palestin. Jika anda berminat menyumbang dalam skim ini, sila layari www.aqsasyarif.com. Anda boleh muat-turun borang penyertaan kemudian memasukkan sumabngan secara online ke akaun Aqsa Syarif. Penyertaan minimum ialah untuk jangkamasa 1 tahun dan anda akan diberikan maklumat tentang anak yatim yang anda biayai. Insya Allah besar ganjarannya dan berkat dalam kehidupan.

7 comments:

  1. bagaimana mahu mengambil anak angkat palestin???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati-hati dengan wakil dari Lubnan kerana Negara ini adalah Negara SYIAH musuh dalam selimut umat Islam seluruh dunia. Hizbullah(sebut Hizbu-Syaitan) amat bahaya kepada kita sunni ( sunnah wal-Jamaah).Mereka membantu Syiah Alawite membunuh sunnah wal-jamaah di Syria. Mereka merogol, menyeksa dengan kejam sebelum membunuh... Waspada Bahaya Syiah!!! Mereka menipu dalam pelbagai cara. Nyawa kita sunni murah, duit kita yang mereka dapat secara tipu daya bagi mereka adalah halal.......

      Delete
  2. Malahan ada pandangan yang boleh sama2 kita fikirkan, Rakyat Palestin mungkin perlu berhijrah keluar Palestin, seperti Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana seksa yang dasyat dari Quraish ke atas umat Islam ketika itu. Di Palestine, musuh utama (Yahudi) membekalkan tenaga elektrik, air dan membayar gaji kerajaan Palestine. Org Palestine bekerja dengan Yahudi!!!!!!!!!!!...Apakah ini bukan penghinaan yang amat dasyat??? Bertuankan musuh utama???????

    ReplyDelete
  3. Konon mereka (SYIAH) memusuhi Israel, dan bersimpati dengan Palestine, tetapi mereka bersahabat dengan YAHUDI. Negara Utama Syiah selain Lubnan adalah IRAN (Pusat Syiah). Iran sentiasa menonjolkan diri mempertahankan Palestine dan memusuhi Israel tetapi tak pernah melepaskan satu peluru ke atas Israel selain sloga "ANTI-ISRAEL". Peluru mereka hanyalah slogan untuk mengaburi mata dunia Islam. Kalaupun Israel dan Amerika seranga Iran, itu hanyalah untuk mengelak mereka ini memiliki Bom Nuklear. Israel dan Amerika hanya mahu menggunakan keganasan dan kekejaman tentera syiah ini untuk memerangi kita sunnah wal jamaah. Mana mungkin Israel dan Amerika membenarkan syiah yang ganas ini memiliki bom nuclear!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... saya berminat utk mengambil anak angkat Syria... bgmn cara nya?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... saya berminat utk mengambil anak angkat Syria... bgmn cara nya?

    ReplyDelete
  6. Aslmkm saya nak ambik anak angkat

    ReplyDelete