Sunday 4 April 2010

Jabatan Urusetia Negeri & Daerah Aqsa Syarif (JUND)


Assalamualaikum

Kelahiran Aqsa Syarif (AQSA) adalah kelahiran yang agak luar biasa, ia dilahirkan 'besar'. Ini adalah kerana kelahirannya diperlukan di dalam menyahut seruan dan tuntutan yang besar. Usaha membantu perjuangan palestin memerlukan pengemblingan seluruh tenaga ummah sama ada secara langsung ataupun tiddak langsung. Kelahiran 'besar' AQSA adalah kerana dokongan dan sokongan beberapa organisasi, NGO dan individu-individu yang sudah lama berkecimpung di dalam urusan perjuangan membantu membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari rejim zionis durjana.

Jabatan Urusetia Negeri & Daerah (JUND) AQSA dibentuk bagi menyelaras dan memaksimakan tenaga kerja yang sedia wujud dan sedang beroperasi di seluruh negara. Bagi Mencapai 4 objektif AQSA yang tersenirai di bawah, JUND dibentuk agar usaha Memperkasa Ummah benar-benar berkesan.

Oleh itu Insya Allah di setiap daerah dan negeri di seluruh Malaysia akan memiliki seorang wakil AQSA dan memiliki pejabatnya sendiri. Masyarakat awam dan organisasi/agensi yang mempunyai misi yang sama di dalam memantu rakyat Palestin yang telah dan sedang ditindas bolehlah berhubung dengan wakil-wakil dan pejabat-pejabat AQSA di negeri-negeri dan di daerah-daerah yang berdekatan.

AQSA SYARIF


VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuh perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin

MISI

Menggembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

MOTO

Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa



OBJEKTIF

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

AQSA SYARIF

No. 18 Jalan Damai Mewah 2,

Taman Damai Mewah, 43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +60387372772 Tel HP: 013-7444428

E.mail: admin@aqsasyarif. com

myhasanuddin@ gmail.com

Web: www.aqsasyarif. com

AQSA SYARIF Acc. No: MBB 551575004299

No comments:

Post a Comment