Thursday, 24 June 2010
KURMA AQSA SYARIF
PROJEK KURMA AQSA SYARIF adalah salah satu inisiatif untuk mengajak para peniaga, peruncit, orang awam dan sesiapa juga untuk berniaga sambil membantu Aqsa Syarif menjana dana untuk kerja-kerja berkaitan membantu Palestin di dalam perjuangan mereka. Kurma tangkai dari Tunisia ini segar dan berkualiti. Sangat berkhasiat untuk seisi keluarga.
BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENGHUBUNGI AQSA SYARIF PUSAT ATAU CHE RAHIMI 019-9818682 (KELANTAN). Pembelian 20 kotak (@12packx20kotak=240pack) akan dihantar terus ke alamat anda dengan HARGA PERUNCIT. Harga pasaran RM15.00/pack.
BANTULAH PROJEK PALESTIN AQSA SYARIF: "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa"
Tuesday, 22 June 2010
LL4G ke Istanbul untuk Penyelarasan Misi Seterusnya
KLIA, 21 Jun - Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dan Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin telah berangkat ke Istanbul, Turki malam tadi. Turut menyertai mereka ialah dua orang krew ASTRO Awani.
Tujuan pemergian mereka adalah untuk menyelaraskan misi konvoi ke Gaza yang akan datang. Mereka juga akan mengadakan pertemuan dengan keluarga-keluarga para syuhada’ yang terkorban dalam serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan MV Mavi Marmara pada 31hb Mei yang lalu. Pertemuan ini adalah mewakili rakyat Malaysia daripada gabungan NGO-NGO di bawah Lifelife 4 Gaza (LL4G) Malaysia. Sumbangan sebanyak 1 ribu Euro kepada setiap keluarga juga akan diserahkan di dalam pertemuan tersebut.
Mereka dijangka kembali ke tanahair dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis, 24hb Jun 2010 jam 5:40 pagi.
Posted by lifeline4gaza on 21 Jun 2010 [i3h/lifeline4gaza]
Aqsa Syarif di Majlis Pelancaran IKRAM
Aqsa Syarif turut berada di lobi The Mines Convention Centre Serdang pada 20 Jun 2010 bersempena pelancaran IKRAM yang penuh gilang gemilang. Pelbagai produk dipamer dan dijual kepada para pengunjung. Dua produk baru Aqsa Syarif ialah Kurma dan Chocolate. Gambar di dewan utama dan gambar di lobi pusat konvensyen kelihatan para petugas sibuk melayan pelangan yang penuh sesak di gerai Aqsa Syarif.
Monday, 14 June 2010
Kekejaman Zionis Yang Layak Dikecam
Zionis Kini Dikecam
Oleh: Nur Shazana Abdul Rani
Gambar: Muhammad Shamsul Shafie
SEMANGAT...Keberanian sukarelawan menggadai nyawa menjayakan misi kemanusiaan cukup dikagumi masyarakat dunia. |
PROUUM ONLINE: Tentera Zionis Israel menyerang kapal milik Turki, Mavi Marmara yang mengangkut misi kemanusiaan telah mencetuskan satu kesedaran pada dunia hari ini mengenai kekejaman rejim Israel.
Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (A&A) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan “Wacana Flotilla Gaza: Tragedi Mavi Marmara” semalam.
Tetamu dan sukarelawan jemputan yang hadir berkongsi ilmu dan pengalaman melalui forum ini ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Jamaah Islah Malaysia, Dr. Selamat Aliman dan Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail.
Forum yang berlangsung di Dewan Seminar B, Kompleks Konvensyen UUM bertujuan membangkitkan semangat dan kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya berusaha memahami kedudukan sebenar bumi Palestin dari sudut sejarah dan politik, di samping menghulurkan sokongan dan doa yang berterusan untuk rakyat Palestin.
Masyarakat dunia kini kembali mengutuk kekejaman Israel selepas agak lama “sepi” dengan keganasan mereka kepada Palestin.
Ashwad Ismail berkata, walaupun misi memberikan bantuan berupa bekalan perubatan, peralatan sekolah dan bahan binaan kepada rakyat Palestin gagal, namun mereka telah berjaya menyampaikan mesej yang jauh lebih besar.
“Tindakan kejam Israel menawan kapal yang membawa bantuan dan aktivis keamanan telah membuka mata dunia.
“Kejadian sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza merupakan kemenangan moral yang besar kepada rakyat dan negara,” katanya.
“Sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel, dapat saya rasakan penderitaan enam dekad rakyat Palestin.
“Saya juga dapat merasakan bagaimana deritanya penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan mereka dan tempoh tersebut dapat menggambarkan kehidupan rakyat Palestin yang tertindas.
“Namun pengalaman yang memeritkan ini berjaya membuka mata dunia dengan apa yang berlaku. Kini gelombang kutukan anti Zionis bukan sahaja membara di Malaysia malah di seluruh dunia,” jelasnya lagi.
Ashwad berharap melalui pengalaman serta peristiwa yang dilalui oleh mereka sebagai sukarelawan akan membuka mata rakyat Malaysia dan dunia tentang kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan lihat hanya melalui kaca televisyen.
Habis.
==============================
DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3013/3083/3008/3007
FAX : 04-928 3016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my
Pengerusi & Bendahari Aqsa Syarif di UUM
Misi Bantuan Gaza Diteruskan
Oleh: Nur Shazana Abdul Rani
Gambar: Muhammad Shamsul Shafie
Sekitar Majlis Wacana Flotilla Gaza : Tragedi Mavi Marmara yang berlangsung di Kompleks Konvensyen UUM, semalam. |
PROUUM ONLINE: Misi kemanusiaan menghantar barangan makanan dan perubatan kepada penduduk di Gaza akan diteruskan walaupun mendapat tekanan dan halangan hebat dari Israel.
Pengerusi Aqsa Syarif Hasanuddin Mohd Yunus yang merupakan salah seorang aktivis yang ditahan oleh Zionis dalam kapal Mavi Marmara berkata semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat akan meneruskan bekalan keperluan biarpun terpaksa menghantar melalui darat, air, mahupun udara dalam usaha memastikan rakyat yang hidup melarat di Gaza mendapat pembelaan.
Jelasnya, misi bantuan kedua akan ke Gaza kali ini bagi menyalurkan bantuan khususnya persiapan Ramadan yang akandisambut oleh penduduk di Gaza.
“Bagaimanapun, projek tersebut masih dalam peringkat perancangan dan berharap menjadi kenyataan.
“Namun peranan dan matlamat demi kemanusiaan akan diteruskan oleh badan sukarelawan yang kini mendapat sokongan dunia sekali gus menekan keegoan Rejim Zionis,” katanya ketika berucap di Majlis Wacana Flotilla Gaza: Tragedi Mavi Marmara di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Hasanuddin berkata, semua NGO di Malaysia telah berbincang dengan Wisma Putra dan beberapa agensi tertentu bagi meneruskan penghantaran misi kemanusiaan gelombang kedua ke Gaza.
“Kita akan cuba membantu dengan apa cara sekalipun supaya perjuangan untuk menegakkan kebebasan, keadilan danhak asasi manusia tercapai,” tambahnya lagi.
Wacana yang berlangsung di UUM itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, dua lagi sukarelawan Malaysia ke Gaza, Ahli Jemaah Islam Malaysia, Dr. Selamat Aliman dan Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail.
Aqsa Syarif adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO negara ini yang menyokong usaha-usaha murni membantu Palestin termasuk menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin di Palestin.
Habis.
==============================
DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3013/3083/3008/3007
FAX : 04-928 3016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my
Thursday, 10 June 2010
ROADSHOW AQSA SYARIF & PERKONGSIAN LL4G
Wednesday, 9 June 2010
Asad dan Erdogan: Israel akan membayar harganya
http://palestinkini.info/?p=6484 June 9th, 2010 by admin
No comments »Rabu, 09/06/2010 – Sekali lagi, Presiden Syria, Bashar al-Asad dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan yang dilakukan rejim Zionis terhadap flotilla kebebasan yang suba belayar ke Genting Gaza bagi memecahkan kepungan yang zalim. Mereka menganggap serangan tersebut sebagai sebahagian daripada sifat permusuhan Zionis dan Zionis akan membayar harga darah yang telah ditumpahkan.
Dalam sidang akhbar yang menghimpunkan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari Isnin (7/6) di Ankara, Presiden Asad menegaskan bahawa serangan Zionis itu adalah satu jenayah besar dan ia adalah tindakan membunuh terhadap para aktivis yang dilakukan dengan penuh perancangan yang rapi.
Asad juga memperlihatkan solidariti bangsa Arab Syria dengan saudara mereka bangsa Turki yang kehilangan para aktivis dalam kejadian serangan Zionis terhadap flotilla ‘kebebasan’. Beliau berkata: “Para syuhada’ tersebut tempat mereka adalah di syurga. Perasaan kami ketika kehilangan mereka, sama dengan perasaan kami ketika kehilangan mana-mana warga Syria, Palestin atau Arab yang lain.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir
Tuesday, 8 June 2010
Muslims From Turkey Syahid during Palestine Mission
Gaza flotilla activists were shot in head at close range!!!
Mourners by the
coffins of dead activists:
Turkey is furious but has not risked a complete break with Israel Photo: REUTERS
Nine Turkish men on board Mavi Marmara were shot
a total of 30 times, autopsy results reveal.
Israeli soldiers aiming a gun on the deck of a Turkish ship, after Israeli soldiers boarded
the vessel in international waters off the Gaza coast on May 31, 2010. /AP
Video berikut adalah antara yang dapat diselamatkan dari dirampas oleh pihak Israel: http://www.culturesofresistance.org/gaza-freedom-flotilla
Monday, 7 June 2010
12 Sukarelawan di hargai dan disokong
Perasaan gembira tersebut turut dikongsi oleh Syarifah Mahiza Syed Abd. Kadir, 47, yang ternyata gembira dengan kepulangan suaminya yang merupakan wakil dari Aqsa Sharif, Hasanuddin Mohd. Yunus.
"Saya sangat bersyukur kerana suami saya berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk kepada dirinya.
"Saya sentiasa menyokong perjuangan suami saya agar semangatnya tidak patah kerana misi memberi bantuan kepada penduduk Gaza masih belum selesai," kata ibu kepada tujuh anak itu. (Utusan on-line)
Relawan Gaza Asal Malaysia di Sambut Bak Pahlawan
Sepang (Voa-Islam.com) - Seperti halnya relawan Turki yang di sambut bak pahlawan oleh ribuan warga dan wakil pemerintahan negara tersebut saat mereka kembali dari penahanan Israel, 12 orang relawan Malaysia yang juga berada di kapal Mavi Marmara saat penyerbuan brutal pasukan Israel, disambut bak pahlawan saat kembali ke tanah air mereka hari Ahad lalu. Ke-12 orang relawan tersebut tidak hanya di sambut oleh keluarga dan kerabat, namun juga oleh wakil perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertindak sebagai perwakilan pemerintah Malaysia.
Warga negara Malaysia yang kembali setelah melalui pengalaman mengerikan di kapal Mavi Marmara, disambut dengan sangat gembira ketika mereka akhirnya mendarat di tanah air mereka.
Ke-12 relawan diberi penyambutan layaknya pahlawan di Bandara Internasional KL (KLIA) kompleks Bunga Raya kemarin oleh sekitar 300 orang yang terdiri dari perwakilan pemerintah, keluarga, teman dan anggota organisasi non-pemerintah (LSM), yang telah menunggu dengan cemas kedatangan mereka sejak 04:15.
Di antara yang pertama kali menyambut mereka saat mereka berjalan memasuki kompleks pada pukul 06:15 adalah Wakil Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terlihat memeluk mereka dengan hangat.
..Di antara yang pertama kali menyambut mereka saat mereka berjalan memasuki kompleks pada pukul 06:15 adalah Wakil Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpose dengan relawan Malaysia yang pulang Minggu setelah pembebasan mereka dari tahanan Israel. Mereka berada di kapal bantuan kemanusiaan 'Mavi Marmara' ketika diserang oleh pasukan Israel saat dalam perjalanan ke Gaza.
Didampingi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, kelompok tersebut tiba pukul 5:39 dengan Penerbangan Malaysia Airlines MH301 dari Istanbul, Turki.
Penasihat organisasi Perdana Global Peace Datuk Mukhriz Mahathir juga hadir dalam penyambutan.
Setelah doa dilakukan, para relawan itu dipeluk dan dicium oleh anggota keluarga mereka, beberapa di antaranya bahkan menangis dalam sukacita.
Kemudian, kelompok itu undang untuk jamuan sarapan pagi yang diselenggarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan istrinya Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman pribadi mereka di Jalan Langgak Duta.
..Dr Syed Muhammad Halim mengatakan bahwa ia harus mengesampingkan perasaan pribadi untuk mengobati dua pasukan komando Israel yang menderita luka-luka
Relawan Noorazman Mohd Syamsuddin mengatakan dalam konferensi pers di KLIA bahwa dia akan pergi melalui mimpi buruk tersebut "dalam sekejap mata" sehingga orang-orang Palestina dapat memiliki bantuan yang dikirimkan kepada mereka.
"Salah satu hal yang tergores dalam pikiran saya adalah ketika Nicci Enchmarch, seorang relawan dari Viva Palestina, ditembak di dahi dan ia benar-benar berada di sampingku. Luka tembak tersebut menembus keluar belakang tengkorak dan istrinya menggendongnya dalam pelukannya saat dia meninggal, "katanya.
Noorazman berada di antara mereka yang terlibat dalam serangan sebelum fajar hari Senin lalu oleh pasukan Khusus Israel terhadap Marmara Mavi, yang membawa bantuan untuk warga Palestina di Gaza.
Warga Malaysia lainnya adalah Dr Syed Mohd Al Arba Syawal, Dr Syed Muhamad Halim Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hilmi Suhaimi Hussain, Mohd Nizam Mohammad, Mustafa Mansor, Abdul Halim Mhd Redzuan, Hasanuddin Aqsi Assarip, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip.
Noorazman mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan Wisma Putra untuk menjamin pemulangan mereka segera dari pusat penahanan Israel.
Sementara itu Dr Syed Muhammad Halim mengatakan bahwa ia harus mengesampingkan perasaan pribadi untuk mengobati dua pasukan komando Israel yang menderita luka-luka.
"Ada anggota kelompok yang ingin melampiaskan kemarahan mereka dan menyerang dua tentara tersebut, tapi aku memperingatkan mereka untuk tidak melakukannya karena mereka terluka. Tidak mudah untuk mengendalikan emosi seseorang dalam situasi seperti itu, "katanya. (ts)
Kekejaman Israel: Ahli Parlimen desak tindakan tegas, Kedah sokong usul [Utusan online]
KUALA LUMPUR 7 Jun - Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang dan Bebas sebulat suara menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan susulan lebih tegas bagi memastikan Israel tidak terus melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.
Menurut mereka, usul mengutuk serangan kejam tentera rejim itu ke atas konvoi kapal misi kemanusiaan yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini adalah tidak memadai jika kerajaan tidak mengambil tindakan konkrit bagi menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk Palestin secara menyeluruh.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan tegas bagi mengalang rejim Israel perlu dilakukan kerana ia tidak akan berpuas hati dengan hanya menakluki Palestin.
''Ideologi Zionis dengan jelas menyatakan cita-cita untuk mewujudkan negara Israel agung dengan empayar yang mencakupi kawasan yang cukup luas," kata ketika membahaskan usul berkenaan di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa kerajaan supaya memastikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel supaya menghentikan kepungan terhadap penduduk Gaza.
''Saya sendiri telah dimaklumkan oleh seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pernah melawat Gaza bahawa penduduknya hidup dalam keadaan mendesak dengan bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi dan ketiadaan air bersih," ujarnya.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula mencadangkan supaya kerajaan mendesak Mesir agar membuka pintu sempadan di Rafah pada sepanjang masa.
''Kita tidak mahu pintu sempadan hanya dibuka sementara disebabkan isu serangan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan kerana ia akan menyebabkan penduduk Gaza terus menderita," katanya.
Ahli Parlimen Segamat, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, desakan harus dibuat terhadap PBB supaya mengisytiharkan gencatan senjata tanpa syarat dan memaksa pihak Israel berundur dari Gaza.
''Saluran perundangan antarabangsa juga harus digunakan bagi menghukum Israel," katanya.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula mencadangkan supaya OIC menubuhkan pasukan pengamannya sendiri bagi melindungi penduduk Palestin daripada kekejaman Israel.
''Mengikut undang-undang antarabangsa, negara-negara OIC boleh menghantar tenteranya ke Palestin jika mendapat keizinan negara itu tanpa perlu mendapat kelulusan PBB," katanya.
Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa mencadangkan supaya dilaksanakan tindakan sistematik bagi melumpuhkan ekonomi Israel yang kini semakin berkembang maju sehingga diterima masuk di kalangan negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada tahun ini.
''Penduduk Gaza yang cedera yang kini terpaksa menjalani pembedahan tanpa menggunakan ubat bius perlu dibawa untuk mendapat rawatan di Malaysia," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berharap, lebih banyak rakyat Malaysia berbilang kaum menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Katanya, kerajaan juga perlu mendesak PBB supaya menganggap perang itu sebagai satu jenayah bagi memastikan kekejaman terhadap penduduk Palestin tidak berterusan.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin turut mendesak ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya turut serta dalam misi kemanusiaan ke Gaza.
''Saya cukup hairan kerana tiada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang ikut serta dalam misi kemanusiaan baru-baru ini dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana isu Gaza merentasi batas fahaman politik," katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, penindasan yang dialami rakyat Palestin itu berpunca daripada sikap Amerika Syarikat (AS) yang terus melindungi perbuatan ganas yang dilakukan rejim itu.
Sementara itu di Alor Setar, kerajaan negeri Kedah hari ini turut menyokong usul khas mengutuk keganasan rejim Israel yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari sambil menggesa lebih banyak usaha dilakukan bagi membantu Palestin.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, usaha-usaha yang lebih bersepadu perlu dilaksanakan bagi menghentikan kekejaman rejim Israel yang telah berlaku sejak sekian lama.
"Kita tidak boleh berputus asa, teruskan usaha, keganasan Israel ini telah lama," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama waris sempena pendaftaran pelajar baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini hari ini.
Pengerusi Aqsa Syarif Di Dewan Rakyat Mengikuti Pembentangan Usul Kutuk Israel
Aqsa Syarif bersyukur kerana usul yang dibentangkan PM disokong oleh kesemua ahli dewan rakyat yang memberi pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia menolak kewujudan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Lebih enam puluh tahun (semenjak 1948 - Nakhbah), rakyat Palestin melalui kesengsaraan yang teramat sangat angkara kezaliman regim dan tentera yahudi. Usaha-usaha semua pihak termasuk para individu yang faham dan perihatin tentang isu Palestin dan pelbagai NGO telah dapat membuka mata rakyat Malaysia dan dunia. "Isu Palestin bukanya isu orang arab atau umat Islam semata-semata sebagaimana di dakwa sesetengah pihak, tetapi ia adalah isu kemanusiaan, keamanan dan keselamatan sejagat. Tindakan Yahudi Zionis semenjak dahulu hingga ke hari ini yang sentia menggunakan kekerasan, rompakan, rampasan, pengusiran, pembunuhan, sekatan makanan, sekatan perubatan, ugutan dan melobi kuasa-kuasa besar dunia membuktikan bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang zalim dan perlu diperangi dari terus mermharajalela" jelas Ustaz Hasanuddin.
"Pembentangan, perbahasan dan kelususan sebulat suara semua wakil rakyat di Parlimen tanpa mengira faham politik, kepercayaan dan bangsa adalah suatu yang saya sangat tunggu-tunggu dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada terutamanya YAB Perdana Menteri serta semua ahli Parlimen termasuk pembangkang" jelas Pengerusi Asa Syarif. Sebagai pejuang isu Palestin dan rakyat Malaysia, saya berbangga menjasi rakyat Malaysia dan mengharap resolusi yang dipersetujui di Parlimen ini akan disusuli dengan pelan-pelan tindakan bagi membantu membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa. Aqsa Syarif yang didaftar di Malaysia mempunyai objektif-objektif yang spesifik dan mengharap sokongan, bantuan dan dokongan semua pemimpin negara dan masyarakat serta agensi-agensi kerajaan dan swasta. Aqsa Syarif akan bekerjasama dengan semua pihak yang berusaha menjadi penghubung dengan ngo-ngo yang menjalankan usaha yang sama di Palestin dan negara-negara sekitarnya.
Di lobi Parlimen, Pengerusi Aqsa Syarif sempat ditemuramah para wartawan, bersalaman dan bermesra dengan para pemimpin politik samada dikalangan kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.
Turut hadir adalah Dr Selamat Aliman (ahli lembaga Aqsa Syarif yang turut menyertai misi bantuan Flotila), PM Dr Mohd Zin (Setiausaha Aqsa Syarif) dan beberapa wakil NGO lain.
Turut ditemui Ustaz Hasanuddin ialah Menteri Luar Negeri, YB Datuk Sri Anifah Hj Aman dan Setiausaha Politik nya Datuk Nurhaidi yang juga turut sama di lapangan serta penerbangan ketika sekembaliknya 12 sukarelawan Flotila Kapal bantun Gaza.
Teks usul PM kutuk Israel di Parlimen
2010/06/07
KUALA LUMPUR: Berikut ialah teks penuh usul yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini bagi mengutuk serangan kejam tentera rejim Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Yang di Pertua,
Pagi ini, dalam dewan yang mulia ini, di tapak istana demokrasi yang berkeramat, kita sama-sama berkumpul dengan satu tekad, satu matlamat dan satu suara tanpa dikekang batas agama, bangsa maupun haluan politik, untuk mengangkat satu isu penting yang bukan sahaja menyentuh hati rakyat Malaysia bahkan majoriti warga antarabangsa.
Dengan izin saya ingin mengungkapkan kata-kata Nelson Mandela yang cukup bermakna "Palestine is the greatest moral issue of our age".
Kedua, sekitar akhir tahun 60-an, selepas apa yang digelar peperangan enam hari, di atas tanah-tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin, didirikan pula penempatan-penempatan haram tanpa rasa bersalah atau segan silu. Kemudiannya, peristiwa ketiga pada tahun 1982, tentu tidak dapat dilupakan yakni tragedi pembantaian ganas ke atas kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdosa di kem pelarian Shabra dan Shatila.
Kini, tampaknya kesan hirisan itu terus dilukai oleh satu lagi episod tidak berperikemanusiaan.
BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan antarabangsa, konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010. Kejadian itu mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut;
BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
BAHAWA, sentimen yang sama telah pun disampaikan melalui Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negara-negara Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;
BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis itu.
Dengan ini dewan mengambil ketetapan seperti berikut:
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di Pertua kerana membenarkan Dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan kejam oleh tentera Rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tuan Yang di Pertua,
Malaysia, mengecam tindakan kejam tentera Rejim Zionis Israel di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang telah bertindak menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei 2010 yang lepas. Malaysia dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau dan biadab rejim zionis yang bukan sahaja melanggar norma-norma perundangan antarabangsa tetapi juga tata kelakuan bertamadun.
Serangan subuh oleh Tentera Rejim Zionis ini ternyata telah mencabul prinsip kebebasan perairan antarabangsa kerana faktanya tindakan ala kelanunan terhadap Freedom Flotilla ini dilakukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza iaitu di luar dari perairan wilayah Israel. Perbuatan durjana ini telah mengakibatkan kehilangan 9 nyawa dan puluhan kecederaan kepada mereka yang sedang menjalankan misi mulia membawa bantuan kemanusiaan kepada ribuan rakyat Gaza.
Tidak cukup dengan itu, anggota konvoi ini juga telah diculik dan diperlakukan seperti penjenayah. Mereka diikat berbelas jam tanpa diberi hak secara sewajarnya seperti makanan, minuman, bersolat dan keperluan ke bilik air. Bagi Malaysia, tiada sebarang alasan untuk mereka bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.
Tuan Yang di Pertua,
Serangan tidak berperikemanusiaan ini telah memperlihatkan sekali lagi kepada masyarakat antarabangsa kekejaman tentera Rejim Zionis yang tidak menghormati kesucian nyawa manusia dan membelakangkan undang-undang antarabangsa. Mereka tanpa rasa bersalah menggunakan kekerasan semasa menawan kapal Mavi Marmara, kepunyaan Turki. Seperti dilaporkan, 9 orang yang terkorban itu telah ditembak dari jarak dekat dan apa yang lebih menyayat hati, ada yang ditembak dari arah belakang. Ini mempamerkan sikap pengecut yang tidak dapat dimaafkan.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, semalam saya berpeluang mendengar sendiri daripada mulut 12 orang rakyat Malaysia yang terlibat akan detik-detik cemas dilalui mereka semasa serangan sedang berlangsung. Saya telah dimaklumkan bahawa mereka telah turut didera secara mental semasa dalam tahanan. Dalam hal ini, kerajaan berasa bangga walaupun Malaysia sederhana dari segi saiz namun terbukti kita tidak sekali-kali berjiwa kerdil bahkan memiliki semangat kental yang menggunung lagi membumbung di medan juang.
Lantaran itu, saya, bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia ingin menegaskan bahawa kumpulan 12 ini bukannya penjenayah mahupun penceroboh sebaliknya mereka adalah wira-wira Malaysia. Sesungguhnya keberanian kumpulan 12 ini yang sanggup menghadapi bahaya muncung senjata demi matlamat dan prinsip yang tulus murni akan suatu hari nanti tersepuh dengan tinta emas dalam susur galur sejarah negara. Hakikatnya, kita mengiktiraf mereka semua sebagai pejuang kebebasan sejati yang amat dibanggakan.
Tuan Yang di Pertua,
Kita tahu benar, sekiranya perbuatan yang sama dilakukan oleh negara lain, nescaya negara tersebut akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini jelas membuktikan betapa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersikap berat sebelah dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Nyatanya sejak enam dekad yang lalu Rejim Zionis telah terus-terusan menzalimi rakyat Palestin. Walaupun pelbagai Resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi semuanya tidak dihiraukan oleh Israel.
Perbuatan beraja di mata dan beraja di hati ini berlaku kerana samseng dunia Israel berasa mereka dilindungi satu-satunya kuasa besar dunia. Sehubungan dengan itu, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.
Jika kebenaran berpunca dari muncung senjata bukannya dari kebenaran undang-undang dan prinsip moral universal maka keamanan dunia akan sentiasa berada di hujung tanduk. Bukankah sejarah sudah cukup mengajar kita bahawa peperangan dunia pertama dan kedua yang mengorbankan nyawa bukan sedikit jumlahnya dan mengakibatkan kemusnahan yang bukan enteng adalah berpunca daripada kekuatan muncung senapang?
Dunia tidak boleh membenarkan rasisme yang berteraskan prinsip bahawa ada bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain menjadi satu pegangan di dunia ini. Bukankah dunia telah membayar harga yang mahal untuk menewaskan Nazisme dan Fasisme.
Makanya, selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis Israel bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematuhan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya.
Tuan Yang di Pertua,
Saya sendiri baru-baru ini, telah menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Tuan Yang Terutama Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas semasa lawatan beliau ke Malaysia.
Malaysia akan terus mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencela tindakan ganas Israel dan supaya pemimpin-pemimpin Rejim Zionis yang bertanggungjawab dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Malaysia juga akan menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Tuan Yang di Pertua
Tuan Yang di Pertua,
- BERNAMA