Monday, 7 June 2010

Henti keangkuhan Israel


BHarian onine: Oleh Norfatimah Ahmad, Shaarani Ismail dan S Anand Kumar

2010/06/08. Gambar : Abu Aiman.

Malaysia kutuk tindakan melampau serang Freedom Flotilla

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengecam kekejaman dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau serta biadap tentera rejim Zionis Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menyerang konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei tanpa alasan di perairan antarabangsa.

Perdana Menteri, berkata serangan tidak berperikemanusiaan itu melanggar norma perundangan antarabangsa dan tata kelakuan bertamadun kerana ketika serangan, kapal Mavi Marmara berada di kedudukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza.

Beliau berkata, tiada sebarang alasan untuk tentera Israel bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.

"Jika perbuatan sama dilakukan negara lain, tentunya negara berkenaan akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini membuktikan sikap berat sebelah Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan amanah.

Malaysia juga mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim itu mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertamadun kerana selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematu-han nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya ketika membentangkan usul mengutuk serangan tentera Israel, pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri berkata, kezaliman rejim Zionis akan berterusan, malah Israel akan bersikap angkuh, ghairah dan bermaharajalela melakukan keganasan tanpa had dan batasan hingga rakyat Palestin terbelenggu jika masyarakat dunia terus berpeluk tubuh, membisu dan berdiam diri.

Beliau berkata, walaupun kecewa atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras terhadap rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menderita sejak lebih 60 tahun lalu.

Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin merdeka, berdaulat, kendiri ekonomi dapat dibangunkan. Saya juga menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika lawatan beliau ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata, selaras usaha membawa kes kekejaman tentera Israel ke mahkamah antarabangsa, Malaysia akan mendesak rejim Zionis membayar ganti rugi serta pampasan semua harta benda, makanan, alat binaan dan perubatan, termasuk kapal yang ditawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang dirampas secara haram.

Israel juga perlu membayar ganti rugi akibat kesan trauma psikologi, mental dan fizikal serta sebarang pampasan yang difikirkan layak oleh mahkamah antarabangsa," katanya.

Perdana Menteri juga menyatakan sokongan terha-dap penubuhan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden itu, termasuk pemilihan bekas Perdana Menteri New Zealand, Sir Geoffrey Palmer mengetuai siasatan itu.

Najib juga berkata, beliau mendengar sendiri pengalaman 12 rakyat Malaysia yang terbabit dalam detik cemas serangan Israel apabila mereka turut didera secara mental ketika dalam tahanan.


KL dapatkan sokongan hadapkan Israel ke ICC
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2010/06/10

Usaha pastikan PBB ambil tindakan tegas terhadap Zionis

PUTRAJAYA: Wisma Putra akan menghubungi semua negara yang mengecam tindakan kejam rejim Zionis merampas kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie bagi mendapatkan sokongan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata usaha yang menyusuli usul tergempar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu itu, bertujuan memastikan PBB mengambil tindakan tegas terhadap Israel selepas sekian lama berdolak-dalik.
“Kita akan mewujudkan satu panel bagi mencari apa saja jalan yang kita ada untuk heret rejim Israel ke ICC, malah kita sudah pun mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Turki mengenai perkara ini, tetapi kita perlu pembabitan lebih banyak negara untuk suara yang lebih kuat.

“Kita tahu, baik Malaysia atau Turki, belum menerima pakai keputusan ICC, tetapi secara tidak rasmi kita sudah minta Turki, yang juga ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, supaya mengusulkan badan dunia itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

“Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan rejim Zionis harus bertanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam.

Israel dikecam dunia baru-baru ini berikutan serangan terhadap Mavi Marmara yang mengakibatkan sembilan sukarelawan Turki maut dan rampasan Rachel Corrie ketika cuba membawa bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, pakaian, makanan dan simen kepada penduduk Palestin di Gaza.
Malah, kata Anifah, masyarakat Yahudi dari serata dunia turut mengutuk tindakan Israel menyerang sukarelawan di atas kapal terbabit, yang turut disertai 14 sukarelawan Malaysia serta empat petugas media tempatan.

Beliau juga bercadang menghubungi rakan sejawatannya dari negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang sehaluan dengan Malaysia dan negara Barat yang merasakan kezaliman serta keganasan Israel sudah keterlaluan dan sudah sampai masanya tindakan tegas diambil.

Selain itu, Anifah juga mahu mendapatkan sokongan negara Islam lain bagi menggesa Kerajaan Mesir membuka pintu sempadannya di Rafah lebih lama sebagai laluan alternatif membolehkan bekalan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza.

No comments:

Post a Comment