http://palestinkini.info/?p=6484 June 9th, 2010 by admin
No comments »Rabu, 09/06/2010 – Sekali lagi, Presiden Syria, Bashar al-Asad dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan yang dilakukan rejim Zionis terhadap flotilla kebebasan yang suba belayar ke Genting Gaza bagi memecahkan kepungan yang zalim. Mereka menganggap serangan tersebut sebagai sebahagian daripada sifat permusuhan Zionis dan Zionis akan membayar harga darah yang telah ditumpahkan.
Dalam sidang akhbar yang menghimpunkan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari Isnin (7/6) di Ankara, Presiden Asad menegaskan bahawa serangan Zionis itu adalah satu jenayah besar dan ia adalah tindakan membunuh terhadap para aktivis yang dilakukan dengan penuh perancangan yang rapi.
Asad juga memperlihatkan solidariti bangsa Arab Syria dengan saudara mereka bangsa Turki yang kehilangan para aktivis dalam kejadian serangan Zionis terhadap flotilla ‘kebebasan’. Beliau berkata: “Para syuhada’ tersebut tempat mereka adalah di syurga. Perasaan kami ketika kehilangan mereka, sama dengan perasaan kami ketika kehilangan mana-mana warga Syria, Palestin atau Arab yang lain.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment